web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menjengah Pusat Vaksinasi Bertaraf 5 Bintang Di Johor

Desaru Coast menyokong dan menyumbang kepada usaha vaksinasi COVID-19 Malaysia.

Jelajah Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2021 8:45AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Khabar baik buat orang Johor!

Bagi mendukung usahama antara pihak kerajaan dan swasta, Desaru Coast dengan bangga mengumumkan Desaru Coast Conference Centre (DCCC) sebagai Pusat Vaksinasi COVID-19 bagi fasa pertama dan kedua di wilayah selatan.

Program vaksinasi di DCCC ini akan mengikuti jadual Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ia melibatkan kira-kira 2,000 petugas barisan hadapan yang terdiri daripada kakitangan kesihatan, tentera, polis dan bomba dari Mac sehingga April 2021.

Ini diikuti dengan warga emas, golongan rentan dan berisiko tinggi bermula April sehingga Ogos 2021.

Pusat persidangan berkeluasan 26,000 kaki persegi, di bawah pengurusan The Westin Desaru Coast Resort ini akan menjadi satu-satunya pusat vaknisasi di daerah Kota Tinggi. 

Pegawai Daerah Kota Tinggi, Hazlina Jalil menzahirkan rasa terima kasih kepada Desaru Coast yang mencerminkan usahasama yang cemerlang antara sektor kerajaan dan swasta bagi memastikan kejayaan PICK ini.

“Desaru Coast telah dipilih sebagai lokasi kerana ia mudah diakses oleh petugas barisan hadapan dan para penduduk di sini.

"Tambahan pula, DCCC ini luas dan selesa untuk mereka mendapatkan vaksinasi, terutamanya bagi Fasa 2 yang melibatkan warga emas dan golongan kelainan upaya.

“Saya berharap penduduk sekitar akan mengambil bahagian dalam usaha vaksinasi ini agar daerah Kota Tinggi dapat menjadi zon hijau pada akhirnya nanti, dan ribuan terima kasih kepada Desaru Coast atas sumbangan mereka,” ujar Hazlina. 

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Desaru Development Holdings One Sdn Bhd, Roslina Arbak pula berkata, pihaknya berbesar hati kerana dipilih menjadi lokasi untuk program vaksinasi kebangsaan bagi daerah Kota Tinggi.

"Kami gembira dapat membantu serta menghulur khidmat kami daripada sektor swasta untuk membendung wabak COVID-19 di Malaysia.

“Sejak bermulanya penularan COVID-19 di negara kita, Desaru Coast telah bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa bagi memastikan semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi.

"Dalam masa yang sama, menyediakan sebuah tempat yang selamat bagi pelancong, penduduk dan kakitangan Desaru Coast.

“Dengan perkembangan terkini ini, ia diharap dapat memperkukuhkan lagi hubungan kami dengan pihak kerajaan dan akan berterusan menyokong usaha mereka dalam membendung wabak ini di Malaysia,” akhiri Roslina. – Getaran, 11 Mac 2021

Semua gambar: The Westin Desaru Coast Resort

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi