Berita Terkini

3 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Langkawi Destinasi Untuk Semua

Tak sabar rasanya untuk bercuti-cuti Malaysia lagi. Ke Langkawi seisi keluarga bagaimana? Ini ada cadangan penginapan daripada kami.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2021 2:07PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Langkawi, destinasi percutian yang sering menggamit kedatangan pelancong, sama ada pelancong tempatan mahupun luar negara. Keindahan yang dimiliki oleh pulau yang terkenal dengan legenda Mahsuri ini tidak mungkin dapat disangkal. Walau sudah berkali-kali menjejak kaki di sana, namun pasti ada sahaja pengalaman manis yang akan dibawa pulang bersama. 

Pasti ramai yang sudah merindui Langkawi. Situasi semasa tidak memungkinkan percutian ke pulau ini. Walaupun hati meronta-ronta ingin ke sana, tetapi hajat perlu ditangguhkan buat sementara. Ambil peluang ini untuk merancang satu percutian hebat. Kumpul wang untuk lebih bebas berbelanja apabila sampai masanya nanti.

Ingat, walau apa pun gaya percutian anda, segalanya ada di Langkawi. Mahu berbulan madu, ada banyak pilihan hotel, resort mahupun vila yang menjanjikan pengalaman mengasyikkan. Jika mahu membawa keluarga bercuti, juga banyak pilihan penginapan yang sesuai. Tidak ketinggalan penginapan bajet untuk mereka yang mempunyai kekangan kewangan atau mahu berjimat. 

Berikut adalah beberapa cadangan penginapan yang boleh dijadikan pilihan jika anda mahu ke Langkawi setelah tiada sekatan perjalanan dikuatkuasakan.

Gambar: Instagram @ritzcarltonlangkawi
Gambar: Instagram @ritzcarltonlangkawi

1) The Ritz-Carlton, Jalan Pantai Kok, Teluk Nibung

Hotel lima bintang ini merupakan pilihan ramai selebriti kerana kemewahan dan hospitaliti yang ditawarkan. Jika anda ingin bulan madu, The Ritz-Carlton adalah pilihan sempurna. Sesekali apalah salahnya berbelanja besar untuk membahagiakan pasangan. Lagipun, anda tidak perlu membayar tiket pesawat beribu-ribu ringgit seperti ke luar negara. 

Menjejakkan kaki ke resort ini bermakna anda sudah bersedia untuk dimanjakan seperti minyak yang ditatang penuh. Segala kemahuan anda akan dituruti oleh petugas resort yang sentiasa menguntum senyuman setiap kali berselisih jalan. Satu keistimewaan The Ritz-Carlton Langkawi ialah ia terletak di dalam kawasan hutan hujan yang berusia 10 juta tahun di pinggir Laut Andaman. Ini bermakna, anda boleh menikmati kehijauan alam dan juga birunya laut yang terbentang luas. 

Terdapat lapan jenis penginapan yang boleh dijadikan pilihan. Setiap satunya punya tarikan tersendiri. Jika anda punya bajet besar dan ingin menikmati keindahan birunya laut, bolehlah memilih vila berpandangan pantai seperti Beach Villa, Grand Ocean Villa dan Grand Ocean Front Villa

Jika sukakan kehijauan alam, Rainforest Deluxe Room, Rainforest Junior Suite atau Rainforest Villa juga tersedia. Sesetengah vila turut dilengkapi dengan kolam renang peribadi untuk mereka yang mementingkan privasi. Jadi bolehlah menghabiskan masa-masa berkualiti bersama pasangan tanpa gangguan sesiapa. Jika ingin menikmati makan malam romantis, pihak resort boleh mengaturkannya. 

Selain bermalas-malasan di bilik, anda juga boleh luangkan masa untuk memanjakan diri di spa yang juga merupakan salah satu spotInstagrammable’ kegemaran ramai. Spa ini terdiri daripada enam buah pavilion di atas air bagi memberikan pengalaman unik ketika anda dirawat penuh manja. 

Setiap rawatan yang tersedia adalah diinspirasikan daripada amalan tradisi masyarakat Melayu. Ada urutan tradisional dan ada juga ritual mandi bunga yang menggunakan kombinasi minyak urut, pewangi, herba dan bunga bagi melegakan tekanan dan ketegangan.

Lain-lain aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah berenang di kolam renang infiniti sambil menikmati hidangan minum petang, berkayak, stand-up paddle board, melukis batik, menyaksikan tarian Mak Inang, yoga dan banyak lagi. 

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, anda boleh kunjungi laman Ritz-Carlton.

2) Tanjung Rhu Pool Villa, (TRV) Tanjung Rhu, Langkawi

Penginapan unik ini merupakan permata tersembunyi di Tanjung Rhu. Berkonsepkan vila percutian penuh privasi, percutian di sini pasti membuatkan hati berbunga-bunga. Manakan tidak, ia seolah-olah membawa anda terbang ke Bali, Indonesia. Jadi, jika rindu dengan Pulau Dewata itu, silalah ke sini untuk mengubat kerinduan. Mana tahu, cinta anda beralih ke Tanjung Rhu, Langkawi.

Biarpun kecil dan kapasitinya terhad, ini tidak bermakna anda tidak boleh membawa keluarga yang besar bercuti di sini. Terdapat dua vila eksklusif yang boleh menempatkan lapan hingga 10 orang dalam satu-satu masa. Malah, setiap vila dilengkapi dengan gazebo dan kolam renang sendiri untuk anda bersantai dan mandi-manda seiisi keluarga. 

Jika anda datang hanya berdua, terdapat beberapa buah cottage atau ‘pondok’ yang boleh dijadikan pilihan. Salah satunya ialah Cottage Bohemian. Unit ini dihias dengan penuh teliti bagi menepati nama yang diberi. Tingkat bawah merupakan ruang untuk bersantai, bilik air dan juga dapur yang dilengkapi dengan kaunter mini, ketuhar gelombang mikro dan juga alatan dapur untuk anda membancuh kopi atau teh. Memasak adalah tidak dibenarkan!

Setiap tempahan bilik layak mendapat sarapan pagi pada setiap hari dan ini bermakna anda berpeluang menjamu selera di The Kelapa Cafe, kafe comel yang menyediakan pelbagai hidangan membuka selera. Antara menu sarapan pagi yang boleh dinikmati ialah nasi lemak, kuih-muih tradisional, English Big Breakfast, Vege Pumpkin Big Breakfast dan French Toast. 

Gambar: Instagram @thekelapacafe_trv
Gambar: Instagram @thekelapacafe_trv

Selain itu, anda juga mesti cuba Signature Egg Benedict Croissant, Tropical Twist French Toast, Signature Green Matcha Pancakes, Banana Pancakes With Vanilla Ice Cream dan Spicy Seafood Aglio Olio. Percayalah, ia pasti berbaloi. Lebih membanggakan, mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir juga pernah singgah dan menjamu selera di sini.

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, anda boleh mengikuti akaun media sosial TRV.

3) The Smith House, Padang Mat Sirat, Langkawi

Fakta menarik untuk dikongsi tentang hotel ini adalah berkenaan pemilihan namanya. Rupa-rupanya ia terinspirasi daripada nama ‘Smith’ yang tidak asing bagi kebanyakan orang. Antaranya yang terkenal ialah Will Smith dan keluarganya, pemenang anugerah Grammy, penyanyi dan penulis lagu, Sam Smith dan juga penjelajah terkenal dalam kisah Pocahontas, John Smith. Nama-nama ini yang memberi ilham kepada pemiliknya, Syarikat Le House Collection Sdn Bhd agar suatu hari nanti The Smith House terkenal di seluruh negara.

Hotel ini sesuai untuk anda yang ingin berjimat, tetapi boleh menikmati suasana bilik yang mewah dan selesa. The Smith House yang menelan belanja RM10 juta ini menawarkan 75 buah bilik kesemuanya. Kedudukannya cukup strategik kerana ia terletak kira-kira 5 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) dan juga kawasan pelancongan Beras Terbakar. Jadi, jika anda perlu mengejar pesawat di awal pagi, hotel tiga bintang ini sangatlah ideal memandangkan ia turut menawarkan shuttle ke LTAL secara percuma. 

Antara keistimewaan hotel ialah ia mempunyai kolam renang di atas bumbung, bilik-bilik yang luas dengan reka bentuk moden dan trendy, selain dilengkapi dengan kemudahan Internet Protocol Televisyen (IPTV). Selain itu, ia juga mempunyai bilik persidangan yang boleh memuatkan 40 orang dalam satu-satu masa, sebuah perpustakaan dan juga pusat perniagaan.

Jika menginap di sini jangan lupa singgah di restoran mereka yang terletak di tingkat 1. Ya, memang benar daerah Padang Mat Sirat menjanjikan pelbagai pilihan tempat makan yang membuka selera, tetapi The Absolut juga tidak kurang hebatnya. Restoran ini menyediakan variasi hidangan tempatan dan juga antarabangsa. Mulakan hari dengan pilihan sarapan yang enak dan akhiri perjalanan anda dengan pilihan hidangan ala carte mereka yang unik, yang direka dengan baik oleh barisan chef berbakat. 

Menu-menu mesti cuba ialah The Smith House Absolut Nasi Goreng Istimewa, Nasi Lemak Padang Mat Sirat, Chef Special Clay Pot Fish Curry, Prawn Aglio Olio dan Baked New York Cheese Cake.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman sesawang hotel ini di sini. - Getaran, 25 Februari 2021

Semua gambar: Rahayu MN, kecuali dinyatakan.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Ada Keperluan Mendesak Untuk Sumber Air Alternatif Di Langkawi 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Raja Harald V Terus Pulih, Usaha Diambil Untuk Bawa Pulang Baginda - Istana Norway

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kesihatan Raja Harald V Semakin Baik - Istana Norway

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Minta Rasuah Dari Pelancong: Polis Siasat Satu Lagi Kes Didakwa Di Langkawi

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Gaya 2 jam yang lalu

Makanan Tambahan Untuk Tahun Persekolahan Yang Sihat!

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

Diiktiraf sebagai pertunjukan lampu hiasan terbesar di Malaysia, Luna Lights Wonderland meneruskan siri jelajah dan kini tiba di Terengganu 

oleh Wartawan Getaran