Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Batik Malaysia Lebih Istimewa Dan Menawan

Gaya Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2023 5:37PM

Keunikan batik Malaysia yang mengetengahkan corak flora dan fauna serta abstrak. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Pelbagai motif yang dihasilkan menerusi teknik "canting" pada fabrik berkualiti tinggi seperti sutera asli menjadikan batik Malaysia terlihat lebih istimewa dan menawan.

Batik warisan kita juga lebih berestetika, malar segar dan tidak lapuk ditelan zaman kerana cara pembuatannya yang halus dengan terapan lilin cair dalam mencorakkan motif flora, fauna dan abstrak yang kemudian dicelup dengan warna.

Seorang pewaris seni batik Terengganu Wan Mohd Hafiz Wan Mohd Ariffin berkata batik Malaysia perlu dipelihara kerana ia menampilkan corak dan fabrik yang lebih berkualiti berbanding produk sama dari negara luar.

"Antara perbezaan ketara ialah batik lukis Terengganu dihasilkan melalui teknik canting menggunakan lilin dengan kain direntang pada bingkai yang membuatkan coraknya lebih halus dan cantik berbanding batik cetak biasa.

“Kebanyakan batik Malaysia juga menggunakan sutera asli yang lebih selesa dan tidak panas dengan motif abstrak menjadi pilihan masa kini, namun motif tradisional seperti flora dan fauna tetap mendapat tempat dalam kalangan peminat batik," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Pengarah Urusan Noor Arfa Holdings Sdn Bhd itu berkata seiring dengan perkembangan ilmu dan budaya, variasi batik Malaysia juga semakin bertambah dengan penggunaan beberapa jenis fabrik lain seperti kapas, krep dan poliester bagi memberi lebih pilihan kepada pengguna.

"Bagi menerapkan konsep patuh syariah terutama dalam penghasilan pakaian lelaki, material seperti kain kapas, sutera krep dan krep Dubai digunakan untuk menggantikan fabrik sutera asli yang tidak boleh dipakai oleh lelaki Muslim.

"Kami sendiri berjumpa dengan mufti bagi mendapatkan pandangan tentang hukum-hakam. Pada mulanya memang berasa rugi kerana fabrik daripada sutera lebih mahal, tetapi kami lebih pentingkan kebaikan pelanggan dan mengelak mereka daripada was was," katanya.

Wan Mohd Hafiz berkata keunikan batik Malaysia juga menjadikannya lebih mahal sehingga ada yang mencecah ribuan ringgit bagi batik eksklusif yang dikategorikan sebagai 'masterpiece'.

"Ada juga produk batik yang murah kerana menggunakan material lebih ekonomi, yang boleh diperoleh pada harga serendah RM35, bergantung pada kemampuan pengguna," katanya.

Dalam pada itu, Wan Mohd Hafiz berkata langkah mewajibkan pemakaian batik pada setiap Khamis untuk penjawat awam, menggambarkan kesungguhan kerajaan untuk mengangkat martabat fabrik warisan bangsa itu.

"Industri batik agak suram dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini...kurang daripada 100 pengusaha batik yang masih bertahan di Terengganu. Kini batik kembali menjadi pilihan dan permintaan terhadap produk seperti kemeja, baju kurung dan kain pasang meningkat hingga tiga kali ganda.

"Inisiatif kerajaan ini sangat baik dan harus dipuji, ia dilakukan tepat pada masanya untuk bukan sahaja merancak dan mewarnakan kembali industri batik, bahkan menggalakkan penjanaan ekonomi melalui sektor perusahaan kecil dan sederhana," katanya.

Sementara itu, peniaga batik di Pasar Payang, Norasiah Awang, 57, berkata sejak minggu lepas kedainya diserbu pelanggan yang ingin mencari baju dan kemeja batik untuk dipakai ke pejabat.

"Setakat ini saya dah jual kira-kira 300 helai kemeja batik dan kain pasang. Banyak kedai kehabisan stok dan terpaksa tunggu bekalan baharu daripada pengedar," katanya yang gembira kerana industri batik dilihat akan lebih maju dengan inisiatif kerajaan itu.  - BERNAMA

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

5 Cara Takaful Menjamin Masa Depan Kewangan

oleh Rahayu MN

Jelajah 3 jam yang lalu

Terokai Pengalaman Kulinari Di Pantai Aegean, Türkiye

Rantau yang kini terkenal dengan pelbagai restoran menarik, berjaya meraih pujian pelanggan, khususnya restoran yang diketuai chef muda berbakat

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Gaya 15 jam yang lalu

Cuaca Panas, Lebih Baik Sarung Pakaian Fabrik Linen

Koleksi linen Marks & Spencer mementingkan keselesaan dan tak lapuk ditelan zaman

oleh Rahayu MN