web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kasut New Balance Model U990TA4 Guna Kulit Babi, Pembeli Boleh Pulangkan

Pembeli mempunyai dua pilihan, tukar model kasut yang lain atau ambil pulangan tunai.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2023 1:00PM

New Balance Malaysia menarik balik penjualan kasut model U990TA4. - gambar New Balance Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

New Balance Malaysia memutuskan untuk menarik balik dan menghentikan penjualan kasut model U990TA4 di Malaysia selepas sebahagian kecilnya disahkan diperbuat daripada kulit babi.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Khamis lalu, jenama kasut kegemaran ramai ini turut membuat permohonan maaf kepada pelanggan mereka yang terkesan dan mendapat maklumat yang tidak tepat daripada pasukannya.

Atas situasti yang tidak menyenangkan ini, New Balance Malaysia akan bertanggungjawab sepenuhnya dan berjanji akan memberikan penyelesaian yang memuaskan kepada pelanggan yang terjejas.

Sehubungan itu, New Balance Malaysia memaklumkan pelanggan yang telah membeli kasut U990TA4 daripada New Balance Malaysia, Crossover dan ATMOS KL, sama ada di kedai atau secara dalam talian berhak mendapat pertukaran produk atau bayaran balik penuh di mana-mana kedai New Balance di Malaysia.

Tawaran ini sah selama tiga bulan dari tarikh notis, 10 Ogos 2022.

Kenyataan media daripada New Balance Malaysia. - gambar New Balance Malaysia
Kenyataan media daripada New Balance Malaysia. - gambar New Balance Malaysia

Sementara itu, sebuah hantaran melalui akaun @twt_bajet turut berkongsi tentang makluman ini. 

“Buat rakan-rakan muslim, jika anda ada membeli kasut New Balance U990TA4, anda boleh memulangkan kasut tersebut di mana-mana kedai New Balance untuk mendapatkan pulangan wang atau tukar kasut lain.

“Ini kerana sebahagian kecil bahan yang digunakan adalah dari kulit babi. Yang beli copy ori tidak perlu rasa gelisah dan marah. Pig skin kebiasaannya digunakan sebab kulit dia tak merekah kalau kena basah dan panas. Antara leather yang durable,” kongsinya. - Getaran, 12 Ogos 2023

Model U990TA4. - gambar New Balance Malaysia
Model U990TA4. - gambar New Balance Malaysia

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 16 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN