web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Oura Memperkenalkan Pelitup Muka Berteknologi Tinggi

Pelitup muka Oura menampilkan teknologi antimikrob yang selesa dan selamat.

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 May 2021 5:33PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ini berita baik untuk semua, jenama kesihatan berteknologi tinggi, Oura secara rasminya telah memasuki pasaran Asia Tenggara dan kini memperkenalkan rangkaian pelitup muka boleh guna semula dan mampu sanitasi sendiri yang pertama di Malaysia dan Singapura. 

Oura menghasilkan tiga jenis pelitup muka boleh guna semula iaitu, Oura Active Mask, Oura Air Mask dan Oura Air Mask 2.0 yang mampu membantu mencegah penularan wabak Covid.

Fakta menarik tentang pelitup muka ini adalah ia diperbuat daripada tiga lapisan fabrik gred perubatan yang ditenun kemas dan digabungkan secara kekal dengan bahan antimikrob silver oxide dan titanium dioxide.

Kebanyakan pelitup muka menggunakan lapisan antimikrob yang akan luntur selepas beberapa kali dibasuh tetapi Oura tidak menggunakan lapisan tersebut.

Sebaliknya ia menggabungkan bahan-bahan antimikrob secara terus ke dalam setiap serat fabrik bagi membolehkan ia membunuh patogen, menyahaktifkan zarah virus, menghapuskan bau dan paling penting mensterilkan pelitup muka walaupun selepas dibasuh berulang kali. 

Pelitup muka ini turut diperbuat daripada fabrik hipoalergenik yang mengekang potensi berlakunya masalah jerawat akibat pemakaian pelitup muka. Selain itu, ia juga telah diuji oleh makmal-makmal bebas dan disahkan mampu menapis 99.9 peratus bakteria, virus dan zarah bersaiz 0.1 mikro meter.

Oura Active Mask ini sesuai buat mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif kerana reka bentuknya yang memberikan keselesaan, perlindungan maksimum dan pengudaraan yang sangat baik semasa melakukan aktiviti berintensiti tinggi. 

Selain itu, Oura Air Mask2.0 diperbuat daripada fabrik ringan yang pasti memberi keselesaan ultra sepanjang hari.

Kedua-dua Active Mask dan Air Mask 2.0 didatangi dengan penapis N95 yang diluluskan oleh NIOSH dan boleh diganti bagi memberikan perlindungan yang lebih kuat menghalang patogen. Oura Air Mask pula, memberikan pengudaraan ultra untuk kegunaan setiap hari.

Sebelum ini, Oura menawarkan barangan seperti peralatan dapur, penjagaan kulit, dan topi. Bercakap lebih mengenai jenama ini, pengasas bersama Oura, Shaun berkata,

“Nama Oura terhasil daripada perkataan ‘Origami’ yang merupakan satu kesenian melipat kertas. Menurut legenda Jepun, sesiapa yang melipat seribu burung jenjang origami akan dikabulkan satu permintaan dari para dewa.

“Selepas adik saya, Keane menghidapi barah Leukemia, kami ingin mencipta barangan yang mampu membendung daripada jangkitan kuman dan virus serta selamat digunakan oleh pesakit kanser.

Para pengasas Oura, Shaun dan Keane Veran
Para pengasas Oura, Shaun dan Keane Veran

“Sehubungan dengan matlamat kami, kami bertekad untuk mengabulkan permintaan pesakit kanser melalui Yayasan Make-A-Wish”.

“Selain daripada memastikan keselamatan pengguna, produk yang dibeli juga dapat membantu mengubah hidup anak-anak kecil yang kurang bernasib baik. 

Kepada yang berminat untuk membeli produk Oura, anda boleh melayari laman web mereka di ouragami.com.my.

Semua Gambar: OURA ASIA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi