Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Maya Raya Bukan Sekadar Untuk Melaram Di Pagi Aidilfitri

'Resort wear' untuk Hari Raya. Mengapa tidak? Mungkin boleh cuba melaram dengan koleksi Maya Raya Laram Lifestyle ini.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2021 2:30PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramadan hampir tiba dan ini bermakna ramai yang sudah mula mengintai koleksi baju raya terkini untuk digayakan di pagi raya. Bukan terburu-buru, tetapi perancangan awal sangat membantu terutamanya di kalangan mereka yang bersaiz besar. Maklumlah, tidak banyak jenama yang menawarkan saiz yang diperlukan.

Sempena Aidilfitri tahun ini, Laram Lifestyle yang merupakan cetusan idea dua sahabat baik, Azlan Zanudin dan Ady Yacob dengan bangganya membawakan koleksi Maya Raya yang sesuai digayakan oleh semua gender, ukuran badan dan pelbagai bangsa. 

Laram Lifestyle ialah cetusan idea Azlan Zanudin dan Ady Yacob
Laram Lifestyle ialah cetusan idea Azlan Zanudin dan Ady Yacob

Malah, ia juga boleh digayakan untuk pelbagai acara, bukan sekadar di pagi raya. Apa yang perlu anda lakukan ialah, luaskan imaginasi dan suai padankan koleksi ini dengan gaya atau trend terkini. Janganlah ‘disembunyikan’ di dalam almari seperti baju-baju raya sebelum ini.

Koleksi Maya Raya 2021 diinspirasikan dari ‘resort wear’ yang sarat elemen santai dan direka agar sesuai diperagakan di musim perayaan.

Dek itulah, setiap rekaan baju mengambil nama pulau-pulau yang ada di Malaysia seperti Gaya, Rawa, Redang, Dayang. Manakala untuk skirt dan seluar ia dinamakan Bayu dan Layar yang masih berkait rapat dengan elemen pantai.

“Kami sukakan sesuatu yang praktikal dan minimal. Koleksi Maya Raya bersifat santai sesuai untuk mereka yang sukakan sesuatu yang lebih ‘on the go,’ dan untuk individu yang aktif dengan pelbagai aktiviti di kala musim perayaan.

“Rekaan ini juga boleh digayakan secara kasual. Malah, setiap rekaan juga sesuai disarung oleh kaum wanita dan juga lelaki,” ujar Azlan berkongsi cerita.

Dalam masa yang sama, Azlan juga tidak berselindung tentang latar belakangnya dan juga Ady. Mengakui masing-masing tidak punya ilmu (secara profesional) dalam fesyen, namun setiap rekaan yang terhasil adalah idea mereka sendiri. Cuma ia diterjemahkan oleh pereka dalaman yang berkhidmat dengan mereka.

“Baik saya, mahupun Ady memang tidak mempunyai latar belakang dalam bidang fesyen, namun kami terdedah dengan industri hiburan dan rekaan grafik.

“Kami percaya kedua-dua bidang ini sedikit sebanyak mempunyai kaitan dengan fesyen. Jadi, tidaklah begitu sukar untuk kami mencari sesuatu yang boleh diterima ramai. Paling penting, kami mahu berikan yang terbaik. 

“Walaupun bukan kami yang melakar setiap rekaan, tetapi ia adalah buah fikiran kami sendiri. Kami mahukan pakaian yang tidak jemu dipandang mata, selesa dipakai ke mana sahaja serta tidak lapuk ditelan masa.

“Dalam masa yang sama, kami juga mahu luaskan pilihan mereka yang bersaiz besar mencari pakaian bergaya dan selesa,” ujar Azlan lagi.

Koleksi Maya Raya mempersembahkan warna-warna polos seperti hitam, coklat, firus, pink belacan, mustard dan emerald green. Setiap potongan pula longgar dengan kombinasi sentuhan tradisonal dan moden. 

Bagi yang berminat untuk mendapatkan koleksi Maya Raya, anda boleh melayari laman sesawang Laram Lifesyle untuk membuat pembelian. Buat masa ini, jenama ini tidak mempunyai kedai fizikal untuk dikunjungi. Koleksi Maya Raya dijual pada harga di antara RM169 hingga RM199.

Selain itu anda juga boleh melihat akaun Instagram @laram_lifestyle untuk maklumat dan promosi terkini. - Getaran, 6 April 2021

Semua gambar: Ihsan Laram Lifestyle


 

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Jelajah 15 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran