web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


CalaQisya Lancar Koleksi Istimewa Bersama 'Raya and The Last Dragon'

Kolaborasi unik mengetengahkan nilai kepercayaan dan semangat kepahlawanan wanita.

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2021 5:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CalaQisya, jenama busana santun tempatan telah berkolaborasi dengan Kumpulan Walt Disney menerusi pelancaran rangkaian fesyen berlatarbelakangkan filem terbaharu, Raya And The Last Dragon.

Filem Disney yang memaparkan kembara seorang puteri Asia Tenggara bernama Raya telah mula ditayangkan di tanah air sejak 5 Mac lalu.

Meraih peluang bekerjasama dengan jenama antarabangsa seperti Disney pastinya sesuatu yang amat diidamkan banyak jenama tempatan dan apabila CalaQisya berjaya melakukannya, ia adalah pencapaian yang cukup membanggakan.

Yana Khairudin, Ketua Pegawai Eksekutif CalaQisya berkata, Disney sudah menjadi sebahagian daripada zaman kanak-kanak CalaQisya. “Walaupun sudah meningkat dewasa, kami masih menonton filem-filem Disney untuk menggembirakan hati terutama selepas menempuhi hari yang panjang. Tidak keterlaluan jika kami katakan, kerjasama dengan Disney ini adalah piala kemenangan terunggul dalam sejarah CalaQisya yang akan sentiasa kami julang sepanjang hayat,” katanya.

Koleksi Teristimewa 

Untuk kolaborasi CalaQisya x Raya and The Last Dragon ini, koleksi kaftan hadir dalam lima cetakan warna yang berlatarbelakangkan pemandangan yang dipaparkan dalam filem berkenaan. Selain itu, empat warna selendang bercetak serta getah rambut (scrunchies) turut ditawarkan, malah ia didatangkan dalam bungkusan eksklusif CalaQisya x Disney.

Harga setiap kaftan yang mesra ibu menyusu dan dilengkapi dengan kain lapis (lining) adalah RM289, manakala selendang edisi terhad ini dijual pada harga RM159 dan harga getah rambut, RM19.

“Cetakan yang kami pilih cukup lembut dan hanya bila dilihat dengan teliti, anda akan nampak latar belakang yang ada dalam Raya and The Last Dragon. Sama seperti bila menonton filemnya, anda bakal diselimuti dengan perincian halus yang cukup akrab dengan kehidupan di Asia Tenggara.

“Akhirnya, kita ada seorang puteri Disney yang mewakili ‘orang kita.’ Itu saja sudah memadai untuk mengeluarkan koleksi yang bertemakan Raya and The Last Dragon. Dan, apabila kami tahu yang penulis skripnya adalah orang Malaysia, memang tiada alasan untuk tidak meneruskan impian kolaborasi ini,” tambah Yana.

Mengapa 'Raya and The Last Dragon'?

Bayangkan, seorang puteri yang mewakili 680 juta populasi di Asia Tenggara. Raya and The Last Dragon adalah filem Disney yang amat dinantikan CalaQisya. “Kami tahu ia akan dekat dengan hati kami apabila Disney mahu memperkenalkan seorang puteri Asia Tenggara dalam francais Disney Princess. Sudah tentu kami mahu menjadikannya francais pertama kami bersama Disney,” kata Yana.

Filem ini berkisar kembara seorang puteri pahlawan yang merentasi lokasi mistikal Kumandra untuk mencari naga terakhir di dunia. Ia mengetengahkan nilai kepercayaan sebagai aspek penting untuk membawa keharmonian kepada dunia.

“CalaQisya memegang kepada kepercayaan yang membawa kebenaran dan ia nilai yang semakin pudar dalam dunia hari ini. Daripada sudut pandangan fesyen, kami melihat kepercayaan antara sebuah jenama dan pelanggannya cukup mustahak kerana pakaian menjadi penentu gaya seseorang, setiap hari. Pelanggan yang kami gelarkan sebagai CalaQueens meletakkan kepercayaan mereka kepada kami untuk mengeluarkan pakaian yang berkualiti."

“Menerusi kepercayaan itu, kami membina hubungan akrab dengan setiap CalaQueen di mana kami mahu memastikan mereka sentiasa berpenampilan hebat terutama pada momen teristimewa dalam hidup mereka seperti temu duga kerja yang pertama, ulang tahun kelahiran, malah pada hari perkahwinan,” kata Yana.

Koleksi istimewa CalaQisya x Disney Raya and The Last Dragon ini bakal berada di pasaran pada hari Khamis, 11 Mac 2021.

Untuk maklumat lanjut mengenai CalaQisya dan koleksi terbaharu ini, sila layari laman web www.calaqisya.com atau laman media sosial Instagram @calaqisya. - Getaran, 9 Mac 2021.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

10 Telefilem Meriahkan Syawal Anda

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Sedondon Sekeluarga Pilihan Rakyat Malaysia Ketika Sambutan Aidilfitri

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Ulasan Filem : ‘The Little Mermaid’ Tetap Menghiburkan Biarpun Watak Utama Berlainan Daripada Versi Animasi

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi