web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 8 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 9 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tarung: Unforgiven Papar Konflik Dalaman Di Sebalik Aksi

Filem tersebut dibuat dengan pendekatan penceritaan yang lebih ringkas dan mudah difahami agar penonton dapat menghayati emosi serta perjalanan setiap watak, selari dengan mesej utama yang menekankan konflik dalaman dan perjuangan emosi.

Filem & TV Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2026 9:04AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mula menjengah pawagam hari ini, filem Tarung: Unforgiven menjanjikan pengalaman berbeza untuk peminat filem aksi kerana naskhah itu tidak hanya menampilkan babak bertarung.

Sebaliknya, kata pelakon dan juga penerbit filem itu, Aedy Ashraf, naskhah tersebut mengetengahkan konflik dalaman berkaitan ego dan kemampuan memaafkan sebagai teras cerita.

"Pertarungan paling susah sebenarnya adalah pertarungan dalaman, emosi kita sendiri. Secara fizikal semua orang boleh berlawan, tetapi apa yang berlaku dalam diri itu yang lebih berat dan bermakna.

"Setiap orang pernah melakukan kesilapan. Ada yang menganggapnya kecil, tetapi apabila melibatkan orang yang kita sayang, untuk meminta maaf itu bukan sesuatu yang mudah," katanya ketika ditemui selepas program Fokus 30 terbitan Bernama Radio di sini.

Aktor berusia 33 tahun dengan nama sebenar Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 33, itu juga mengakui berdebar menjelang tayangan filem itu hari ini, dengan penerimaan penonton menjadi penentu utama terhadap hasil kerja sulungnya selaku penerbit.

Berkongsi cabaran dalam pembikinan filem itu, beliau berkata memainkan dua peranan, iaitu penerbit dan juga pelakon utama filem, memberikan satu pengalaman berbeza kepadanya kerana perlu mengimbangi tanggungjawab di belakang tabir dan pada masa sama menjayakan watak.

Menurutnya, filem itu dibiayai dengan Dana Kandungan Kreatif (DKK) daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dan rakan industri selain modal sendiri.

Sementara itu, pengarah Razaisyam Rashid pula berkata filem tersebut dibuat dengan pendekatan penceritaan yang lebih ringkas dan mudah difahami agar penonton dapat menghayati emosi serta perjalanan setiap watak, selari dengan mesej utama yang menekankan konflik dalaman dan perjuangan emosi.

"Pada akhirnya, kita sebenarnya berlawan dengan diri sendiri dan perlu berdamai dengan segala trauma yang pernah kita hadapi. Setiap manusia ada pertarungan masing-masing, dan itulah yang cuba kami tonjolkan dalam filem ini," katanya.

Selain Aedy Ashraf, filem terbitan Alpha47 dengan kerjasama Icon Pictures dan Astro Shaw itu turut menampilkan barisan pelakon hebat lain, antaranya Zul Ariffin, Bront Palarae, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah dan Amir Ahnaf. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 minggu yang lalu

Mark O’Dea Bawa Penonton Jelajah Sarawak Menerusi 'AXN Ultimate Challenge'

2

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

3

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Disangka Sudah Berkubur, 'Gerak Khas' Hidup Semula Selepas TVS Ambil Alih Legasi Drama Ikonik

4

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

Sorotan

1

Robot Humanoid Dijangka Sertai Sambutan Hari Kebangsaan

2

Audit Forensik Felda Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet - PM 

3

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

4

Jerebu Semakin Buruk, 32 Kawasan Catat Bacaan Tidak Sihat

5

20 Warga China Direman 4 Hari, Disyaki Terlibat Sindiket 'Love Scam'

6

‘Roller Coaster’ Rosak Di Taman Tema, 10 Penumpang Cedera