web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 22 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


T.O.P Jo Yu Ri Diumumkan Sertai Barisan Pelakon Squid Game 2

Menurut senarai Netflix, barisan pelakon kedua siri berkenaan melibatkan beberapa nama besar dalam industri hiburan Korea termasuk penyanyi dan pelakon popular T.O.P Jo Yu Ri.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2023 7:00PM

Barisan pelakon siri kedua berkenaan melibatkan beberapa nama besar dalam industri hiburan Korea termasuk penyanyi dan pelakon popular T.O.P Jo Yu Ri. - Gambar PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Platform penstriman popular Netflix mengumumkan, baki barisan pelakon yang menyertai musim kedua siri dari Korea Selatan yang paling dinantikan, Squid Game 2.

Menurut senarai Netflix, barisan pelakon kedua siri berkenaan melibatkan beberapa nama besar dalam industri hiburan Korea termasuk penyanyi dan pelakon popular T.O.P Jo Yu Ri.

Selain bekas anggota kumpulan IZ*ONE, musim kedua siri yang pernah mencipta fenomena di seluruh dunia itu bakal menyaksikan barisan pelakon seperti Park Gyu Young, dan Lee Jin Wook serta actor filem Kang Ae Shim, Lee David, Won Ji An dan juga Noh Jae Won.

Dalam pada itu, Netflix turut mengesahkan penggambaran bagi Squid Game 2 bakal bermula pada musim panas ini.

Netflix turut mengesahkan penggambaran bagi Squid Game 2 bakal bermula pada musim panas ini. - Gambar PR
Netflix turut mengesahkan penggambaran bagi Squid Game 2 bakal bermula pada musim panas ini. - Gambar PR

Katanya, daripada bintang yang sedang meningkat naik kepada pelakon veteran, pelakon ensemble ini mempertaruhkan bakat dan pengalaman.  

Sementara itu, pelakon lama seperti aktor veteran Lee Jung Jae akan mengulangi peranannya sebagai Seung Gi Hun.

Lee Byung Hun juga akan mengulangi lakonan hebatnya sebagai front man di Squid Game 2 manakala Wi Ha Joon mendapat akan kembali sebagai seorang polis bernama Hwang Jun Ho.

Seperti yang dijangkakan ramai, pengarah Hwang Dong-hyuk, yang memenangi Emmy untuk musim pertama, akan kembali menjadi pengarah dan penerbitan eksekutif sepanjang musim kedua. – Getaran, 6 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

'Squid Game' Musim 2 Bakal Menjengah Netflix

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 16 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN