web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

Sementara itu, bekas CEO FINAS, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim mengakui terkejut dengan keputusan penamatan kontraknya tanpa sebarang perbincangan bersamanya dan berpendapat ia satu tindakan zalim.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 4:40PM

Kamil Othman - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Kamil Othman berpendapat bahawa penamatan kontrak seseorang individu yang memegang jawatan sebagai  Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di agensi kerajaan tersebut bukanlah suatu perkara yang baharu berlaku.

“Macam saya dahulu, kontrak saya pernah tamat dan tidak lagi disambung sewaktu saya menjadi Ketua Pengarah FINAS. Ketika itu, jawatan sebagai CEO masih belum diperkenalkan.

“Dan, sebelum-sebelum ini pun, sudah ada insiden yang berlaku di mana kontrak perkhidmatan Ketua Pengarah terdahulu di FINAS  ditamatkan lebih awal.  Disebabkan itu, ada Ketua Pengarah FINAS terdahulu yang tidak sampai setahun pun berkhidmat di FINAS.

“Isu kontrak ditamatkan lebih awal atau tidak disambung bukanlah sesuatu yang unik berlaku di FINAS.  Kita harus akur akan hal ini apabila meduduki kerusi panas di FINAS dan ahli Lembaga pengarah mempunyai hak untuk memilih calon CEO mereka,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Kamil berkata demikian ketika mengulas mengenai isu kontrak Profesor Dr Md Nasir sebagai CEO FINAS telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal berkuatkuasa semalam.

Menurut Kamil lagi, sebagai pengerusi FINAS dia telah dipertanggungjawab untuk menyerahkan surat tamat kontrak perkhidmatan kepada Md Nasir.

“Penyerahan surat itu dilakukan berdasarkan keputusan bersama Ahli-Ahli Perbadanan FINAS dengan kelulusan dan persetujuan pihak Kementerian Komunikasi dan Digital berdasarkan syarat serta terma kontrak pelantikan beliau.

“Perkara ini juga memang ada tertera Seksyen 9 di dalam surat lantikan Prof Nasir. Jadi, kalau mengikut standard poin legal, memang ia sesuatu yang legal,” katanya lagi.

Dr Md Nasir Ibrahim  - Gambar oleh Azim Rahman
Dr Md Nasir Ibrahim - Gambar oleh Azim Rahman

Sementara itu, bekas CEO FINAS, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim mengakui terkejut dengan keputusan penamatan kontraknya tanpa sebarang perbincangan bersamanya.

Md Nasir menganggap dia dizalimi apabila perkhidmatannya ditamatkan dalam tempoh 24 jam tanpa diberi ruang untuk membela diri sekiranya keputusan dibuat melibatkan salah laku integriti atau kes jenayah.

“Saya dapat tahu penamatan iin adalah atas persetujuan bersama ahli lembaga pengarah (Finas) tetapi saya tidak pernah dipanggil berbincang atau dimaklumkan hal ini lebih awal. Jadi saya rasa dizalimi apabila berlaku begini.

“Jika ada pihak merasakan ada masalah integriti atau jenayah saya berhak dipanggil untuk diberi peluang membela diri. Namun, ia tidak berlaku. Jadi, saya memang terkejut dengan keputusan ini,” katanya pada sidang media yang berlangsung di Ampang, Selangor pada hari ini.

Menurut Md Nasir, dia mengadakan sesi media ini bagi membersihkan namanya sekali gus tidak mahu memberi ruang untuk anggapan yang buruk dari pelbagai pihak.

Md Nasir pada sidang media bagi menjelaskan mengenai penamatan kontrak jawatan CEO FINAS, di Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman
Md Nasir pada sidang media bagi menjelaskan mengenai penamatan kontrak jawatan CEO FINAS, di Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Tambahnya dia tidak menolak kemungkinan wujudnya unsur kroni dalam pentadbiran FINAS yang kurang bersetuju dengan pendiriannya sekali gus bersepakat untuk tidak lagi bekerjasama.

“Sejujurnya, saya tidak akan berkata bahawa tidak wujud kroni. Saya sedar ada kroni dalam pentadbiran FINAS. Perkara begini memang tidak bagus, namun ia pasti akan berlaku dalam mana-mana organisasi.

“Secara peribadi saya rasa ada manusia begitu yang susah untuk menerima teguran. Contoh paling mudah adalah apabila saya menegur kakitangan yang berada di kafe dalam waktu bekerja. Saya tegur untuk memperbaiki,” ujarnya.

Dalam pada itu, Md Nasir turut berkongsi bahawa menganggap penamatan kontraknya sebagai tempoh rehat selepas berkhidmat selama 1 tahun 7 bulan dalam pentadbiran Finas.

Bagaimanapun, bapa kepada pelakon Anzalna Nasir itu berkata, beliau masih terbuka untuk bekerjasama dalam pembangunan industri filem tempatan.

“Saya reda dengan keputusan yang diambil oleh pihak FINAS. Saya rasa inilah masa saya untuk berehat dahulu. Saya juga terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk kemajuan industri filem kita. Saya amat berbesar hati untuk memberi sumbangan,” jelasnya. 

Untuk rekod, Md Nasir memulakan perkhidmatan sebagai CEO FINAS pada 1 November 2021 dan kontraknya sepatut berakhir pada 31 Oktober depan.

Namun, beliau menerima surat penamatan perkhidmatan daripada Pengerusi FINAS yang baharu dilantik, Datuk Kamil Othman pada Rabu (semalam), jam 4.30 petang. – Getaran, 1 Jun 2023 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 8 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...