web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengerusi FINAS Jangan Makan Gaji Buta! Wujudkan Akta Industri Kreatif Lindungi Hak Penggiat Seni - SENIMAN

FINAS sebelum ini menjelaskan penggiat seni harus merujuk kepada Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2002 bagi had kerja lebih masa dalam penggambaran. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 2:13PM

SENIMAN merasakan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2002 tidak sesuai digunapakai oleh sektor Industri Kreatif memandangkan cara kerja industri yang berbeza dengan sektor-sektor lain - Gambar Hiasan

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kecewa dengan respons yang diberikan pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) mengenai isu pelakon dipaksa kerja lebih masa, Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) menganggap FINAS gagal memahami isu yang berlegar dan menyifatkan pengerusinya sebagai ‘makan gaji buta’.

Jika ada mana-mana pelakon dan kru produksi yang dipaksa kerja sehingga 20 jam, FINAS sebelum ini menjelaskan penggiat seni harus merujuk kepada Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2002 bagi had kerja lebih masa dalam penggambaran. 

Namun begitu, SENIMAN merasakan akta tersebut tidak sesuai digunapakai oleh sektor Industri Kreatif memandangkan cara kerja industri yang berbeza dengan sektor-sektor lain. 

“Bayangkan jika pelakon, kru, pengarah dan kategori seni yang sewaktu dengannya menggunakan Akta Kerja 1955, maka majikan perlu memberikan gaji minimum sebanyak RM 1,500.00 yang diumumkan oleh kerajaan, had masa bekerja 8 jam yang digunakan waktu pejabat dan wajib memberikan KWSP dan PERKESO.

“Jika FINAS mahu merujuk kepada akta itu, mana logiknya buat penggiat seni yang membuat pengambaran dan persembahan? Apa gunanya SENIMAN berjuang untuk mendapatkan PERKESO dibawah Skim Pekerjaan Sendiri  kategori penggiat seni selama berpuluh tahun? 

“Kami berjuang untuk mendapatkan standard kontrak yang adil supaya KWSP dapat dicarumkan buat penggiat seni. Kami berjuang bagi mewujudkan Akta Industri Kreatif Malaysia seperti mana nelayan mempunyai Akta Persatuan Nelayan 1971.

“Jawapan pengerusi FINAS supaya penggiat seni merujuk Akta Kerja 1955 untuk menyelesaikan masalah had kerja lebih masa adalah tidak relevan, jadi apa fungsi FINAS?” tulis satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan SENIMAN hari ini. 

Menurut SENIMAN lagi, FINAS seharusnya dapat membawa industri melaksanakan hala tuju yang lebih jelas dan mencipta dasar ekosistem asas dengan kerjasama persatuan-persatuan seni untuk kebajikan penggiat seni.

“Pengerusi  FINAS bagai lepas tangan dan tidak faham Akta 244 Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (PINDAAN) 2013. Beliau hanya merujuk akta agensi dan kementerian yang lain untuk menyelesaikan isu industri. Ini amat mengecewakan.

“Sebagai seorang pengerusi, beliau sepatutnya lebih arif menyelaraskan isu berkaitan industri dengan merujuk  akta yang berkaitan  bagi mempermudahkan FINAS menyelesaikan isu-isu berbangkit melibatkan Industri. Malangnya perkara tersebut tidak berlaku,” kata SENIMAN.

Terdahulu, pelakon Sharnaaz Ahmad menyelar tindakan rumah produksi yang memaksa pelakon dan kru bekerja lebih masa sehingga 20 jam sehari. Dia turut meminta agar  Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) memantau tindakan sesetangah rumah produksi yang boleh merosakkan industri. - Getaran, 5 Disember 2023 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 13 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...