web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selalu Turun Naik Grab, Fauziah Nawi Sebak Bila Allah SWT Makbulkan Doanya Untuk Miliki Kereta MPV 

Fauziah Nawi dianugerahkan penerima Tokoh Seri Angkasa pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) yang berlangsung Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2022 12:24PM

Fauziah Nawi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Suasana mengharukan menyelubungi seluruh dewan tatkala seniwati Fauziah Nawi dianugerahkan penerima Tokoh Seri Angkasa pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) yang berlangsung Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Bukan hanya setakat ucapannya yang penuh inspirasi itu yang mengharukan semata-mata tetapi juga saat dia menerima kejutan sebuah kereta Expander selain trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000. 

Fauziah yang pada awalnya kebingungan tatkala diberitahu tentang kejutan hadiah tersebut kemudian tidak dapat menahan sebak dan emosinya, matanya juga berkaca. 

“Saya tiada kereta dan tidak mampu beli kereta. Kalau hendak buat loan pun tak lepas sebab usia saya sudah masuk 69 tahun. 

“Waktu saya hadir ke majlis acara FINAS baru-baru ini, saya memang berharap akan dapat memenangi kereta pada majlis cabutan bertuah. Tapi, waktu itu tiada rezeki.

“Tapi akhirnya, Allah SWT makbulkan doa saya,” kata Fauziah Nawi dengan nada sebak sebaik sahaja dia menerima kejutan hadiah tersebut. 

Fauziah Nawi bersama cucu-cucunya yang turut menemani beliau pada Majlis Anugerah Seri Angkasa 2022 di PICC, malam tadi.
Fauziah Nawi bersama cucu-cucunya yang turut menemani beliau pada Majlis Anugerah Seri Angkasa 2022 di PICC, malam tadi.

Jelas Fauziah lagi, sudah empat tahun dia tidak memiliki kenderaan selepas kereta Wira miliknya terbakar akibat masalah fuse dan wayar. 

“Kereta saya itu dulu selalu tersadai di rumah. Kemudian arwah anak saya, Pitt yang pakai bila keretanya rosak. 

“Kemudian arwah Pitt bagi ibu mertuanya pakai untuk ambil anak-anaknya di Jalan Sultan Ismail dan waktu itulah kereta itu terbakar. Memang hangus teruslah kereta itu.  Tapi saya dapat insuran sebanyak RM8,000,” katanya. 

Sambung Fauziah lagi, sekali pun kini lebih selesa turun-naik menggunakan Grab, tapi dia memang menyimpan hasrat untuk membeli kereta. 

“Sebab walaupun saya selalu naik Grab, tapi susah juga bila tiada kereta. Walaupun ada orang yang kadangkala mengambil dan menghantar saya pulang, tapi saya sudah biasa buat segalanya sendiri. 

“Sebab saya ini jenis kalau hendak buat sesuatu, saya akan buat waktu itu. Tak mahu tunggu orang. Kadangkala, pengurus saya iaitu Addin pun kecil hati dan pening kepala dengan saya,” katanya.  

Anugerah Tokoh Seri Angkasa diberikan kepada Fauziah sebagai suatu penghargaan terhadap segala jasa dan sumbangannya terhadap industri penyiaran dan industri kreatif tanah air sepanjang lima dekad menceburkan diri dalam kedua-dua bidang ini. – Getaran,31 Oktober 2022 


 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 10 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN