web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Shila Amzah Akui Terkena Serangan ‘Anxiety’ Sewaktu Menyampaikan Lagu Pudar 

Menurut Shila Amzah dia baru mengetahui dirinya menghidap ‘anxiety’ pada Mac tahun ini. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2022 2:00PM

Shila Amzah - Gambar dari Astro/AzrulRafie

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terkena serangan anxiety atau 'gangguan kecemasan' sewaktu sedang membuat persembahan adalah punca kenapa persembahan Shila Amzah ketika menyampaikan lagu Pudar di konsert minggu keempat Gegar Vaganza musim kesembilan merosot. 

Selepas selesai membuat persembahan di konsert minggu keempat, kedudukan Shila jatuh dari tangga pertama ke tangga keenam.

Menurut Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Hamzah, 32, dia baru mengetahui dirinya mempunyai anxiety pada bulan Mac lalu.

“Sewaktu di tengah-tengah persembahan menyampaikan lagu Pudar, saya tiba-tiba terkena serangan anxiety. Masa kejadian itu berlaku, saya memang dah tak ingat apa-apa. Saya tak dengar apa yang Datuk Syafinaz komen,” katanya.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Hamzah, mendedahkan dia hanya mengetahui dirinya menghidap anxiety pada bulan Mac lalu.
Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Hamzah, mendedahkan dia hanya mengetahui dirinya menghidap anxiety pada bulan Mac lalu.

Ditanya apakah antara faktor yang menyebabkan dirinya tiba-tiba diserang anxiety sewaktu membuat persembahan, kata Shila salah satunya adalah kerana dia kepenatan.

“Antara faktor lain ialah dalam kita cuba elak untuk baca komen-komen negatif dari netizen, kadang-kadang ternampak jua. Dalam banyak-banyak minggu, minggu ketiga dan keempat paling teruk saya kena dengan netizen. Mungkin secara tidak langsung perkara itu mengganggu emosi saya,” kongsinya. 

Katanya lagi, ada netizen yang mendakwa dirinya adalah peminat Shila Amzah tetapi cuba mengaitkan nama-nama penyanyi lain dalam ciapannya termasuklah nama penyanyi nombor satu negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza. 

“Bila jadi macam ni, saya rasa tak best. Bila dia dah kaitkan nama Kak Siti, Jac, Tomok dan sebagainya, akhirnya saya yang kena dengan peminat-peminat mereka.

“Perkara ini akan jadi berlarutan dan dalam pada saya cuba elak untuk lihat komen-komen negatif, akhirnya saya akan ternampak juga,” katanya. 

Shila Amzah
Shila Amzah

Namun, di sebalik komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya, Shila bersyukur kerana masih ramai lagi peminat yang memberikan kata-kata positif malah ada yang sering berkongsi bacaan doa kepadanya. 

“Ada seorang mak cik yang merupakan peminat saya dia hadir sewaktu sesi raptai. Kemudian dia memeluk saya dan minta izin untuk cium saya. Saya apa lagi, memang berjurailah air mata.

“Saya sangat-sangat terharu. Saya selalu ingatkan pada diri saya, mungkin dalam dunia ini akan ada orang yang berbuat tidak baik dengan kita, tetapi sebenarnya ada ramai lagi orang-orang yang baik,” tuturnya. 

Biarpun kecewa dengan persembahan pada minggu keempat, namun Shila kembali bangkit di minggu kelima apabila dia berjaya menempatkan diri di tangga kedua selepas membuat persembahan penuh bertenaga menyanyikan lagu Tamparan Wanita berduet bersama Mimi Fly.

Untuk konsert minggu keenam, Shila bakal menyampaikan lagu bahasa Korea berjudul I Will Show You dendangan asal Ailee. – Getaran, 19 Oktober 2022.


 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 10 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN