web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sebulan Duduk Bawah Jambatan, 'Budak Tebing' Menang Besar ADS!

'Budak Tebing' yang mengangkat tema remaja dan kemanusiaan menggondol empat trofi Anugerah Drama Sangat 2021!

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2021 3:40PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tuah nampaknya memihak kepada drama 'Budak Tebing' apabila menggondol empat trofi bagi Anugerah Drama Sangat 2021.

Drama yang mengangkat isu remaja dan kemanusiaan itu telah membawa pulang trofi bagi kategori penulis skrip terbaik, anugerah drama popular, anugerah pengarah terbaik serta anugerah drama terbaik. 

Mengimbau kembali cabaran sepanjang penggambaran, penerbit drama ini Jalena Rejab menceritakan bagaimana pasukan produksi berkampung selama sebulan di bawah jambatan bagi menjayakan keseluruhan drama ini.

“Sebenarnya penggambaran untuk drama ini berlaku dengan sangat lancar, baik dari segi pelakon, watak mahupun lokasi. Kekuatan drama ini pun memang terletak kepada skrip dan jalan ceritanya. 

Jalena Rejab
Jalena Rejab

“Keunikan drama ini ialah apabila kami memilih lokasi di bawah jambatan yang memang ramai tak tahu. Walaupun kotor, sebulan juga kami di sana,” ceritanya semasa ditemui Getaran dalam satu sidang media secara maya hari ini.

'Budak Tebing', lari daripada jalan cerita klise cinta tak kesampaian atau cinta dua darjat melibatkan orang korporat. Pegarahnya, Feroz Kader berpendapat sebenarnya cerita kemanusiaan seperti ini mudah kerana tidak perlu berfikir untuk lakukan penggambaran di pejabat sesiapa. 

Feroz Kader
Feroz Kader

“Hero pula tidak perlu terlalu kacak. Saya rasa, sudah masanya untuk kita memperbanyakkan karya seperti ini yang menyentuh isu remaja. Sebab saya fikir, kita jarang ada naskah sebegini. 

“Kalau boleh kita ambil jalan cerita yang nyata dan bukannya karya adaptasi. Ini kerana bila karya itu ‘real’, masyarakat akan rasa dekat. Pujian juga harus diberikan kepada TV3 kerana berani untuk mengambil naskah ini,”katanya.

Berikut ialah senarai penuh bagi pemenang Anugerah Drama Sangat 2021:

Pelakon Antagonis Terbaik: Liza Abdullah

Penulis Skrip Terbaik: Janjira & PGRs Team (Budak Tebing)

Drama Novel Adaptasi Terbaik: 7 Hari Mencintaiku 2

Babak Tular Drama Terbaik: Kampung People 2

Pasangan Drama Terbaik: Shukri Yahaya & Siti Saleha

OST Terbaik: Mimpi Haqiem Rusli

Pelakon Lelaki Terbaik: Zul Ariffin (Ryan Aralyn)

Pelakon Wanita Terbaik: Janna Nick (Misteri Mona)

Anugerah Khas Drama Mandarin Terbaik: Bonus Vacation (Sky Picture)

Anugerah Drama Popular: Budak Tebing

Anugerah Pesona Bintang: Fauziah Dato Ahmad Daud

Anugerah Pengarah Terbaik: Feroz Kader (Budak Tebing)

Anugerah Drama Terbaik: Budak Tebing

Anugerah Khas Barisan Pelakon Terbaik Drama: Takdir Yang Tertulis

Terdahulu, majlis anugerah yang berlangsung di World Trade Centre KL malam tadi ditangguhkan lantaran banjir yang berlaku di kawasan majlis. Anugerah kemudian di sambung hari ini dan disiarkan secara langsung menerusi program Melodi. - Getaran, 19 Disember 2021

Gambar: Ihsan Anugerah Drama Sangat 2021

Isu Pada

Glamorama Rozita Che Wan

18 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan 4 Remaja Lelaki Rogol Kanak-Kanak 11 tahun

3

Semasa 2 tahun yang lalu

4 Lelaki Termasuk Remaja Bawah Umur Ditahan Berkait Kes Culik

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi 2 Tahun, Remaja Maut  Dipercayai Keracunan Makanan

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN