web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Elak Perdebatan, Kategori Utama AME 2021 Dinilai Juri Profesional 

Penilaian juri bagi kategori utama dilakukan sebagai satu penambahbaikan dalam penganjuran AME 2021 kali ini. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2021 4:01PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penilaian undian tertinggi peminat tidak lagi diterapkan dalam kategori utama Top Top MeleTOP dalam penganjuran Anugerah MeleTOP ERA  2021(AME 2021).  Sebaliknya, ia akan dinilai juri profesional berpengalaman dalam pelbagai medium industri kreatif hiburan. 

Pengurusan Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh berkata, penilaian juri itu dilakukan sebagai satu penambahbaikan sekali gus memberi nafas baharu untuk edisi tahun ini serta mengangkat kredibiliti kemenangan ke tahap yang lebih tinggi.

“Keputusan akhir akan dinilai secara profesional oleh barisan panel juri berpengalaman dan berpengaruh dalam industri hiburan tanah air merangkumi platform radio, televisyen, digital dan pengamal media yang dilantik khas.

“Kaedah pemilihan yang diperkenalkan ini dilihat dapat merapatkan jurang populariti dan kualiti yang sering mengundang perdebatan ramai kerana kini kedua-dua elemen penting ini perlu bergerak selari.

“Daripada segi pengisian malam kemuncak pula, pelbagai kejutan sudahpun dirangka untuk memberikan impak paling mendalam kepada bukan sahaja penggiat seni tanah air tetapi juga jentera peminat yang merupakan tunjang utama di sebalik kejayaan AME selama ini,” katanya. 

Sebanyak 16 kategori bakal dipertandingkan dalam AME 2021. Kategori tersebut adalah Lagu MeleTOP Era, Penyanyi MeleTOP, Grup/Duo MeleTOP, Filem MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP, Drama MeleTOP, Pelakon MeleTOP dan Video MeleTOP.

Tidak ketinggalan Artis Versatil MeleTOP, Personaliti TV MeleTOP, Influencer MeleTOP, Artis Baharu MeleTOP, Couple MeleTOP, Si Cilik MeleTOP, BNNU MeleTOP dan Program MeleTOP.

Bertemakan ‘Fresh Black Tie’ dengan tagline ‘Yang Fresh, Yang Legend’, AME 2021 bakal menampilkan kelainan baharu dengan membawa masuk selebriti versatil, Sherry Al Hadad sebagai hos utama untuk mengemudi malam kemuncak bersama Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Acara karpet merah menerusi program Konsert Tirai AME 2021 dihoskan personaliti ERA, Danial Zaini dan Isha Norsham dan bakal diserikan dengan persembahan istimewa oDa Unknown, Daiyan Trisha, Ara Johari, Lil J serta Dolla.

Nabil Ahmad dan Jihan Muse akan mengacarakan AME2021
Nabil Ahmad dan Jihan Muse akan mengacarakan AME2021

Manakala acara kemuncak AME 2021 pula akan dimeriahkan dengan persembahan istimewa angkatan penyanyi legenda dan BBNU seperti Search, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Noraniza Idris, Hael Husaini, Wany Hasrita, Han Byul, Yonnyboii, Zynakal, Loca B, MK danTuju K-Clique, De Fam, Bunga, Amir Masdi, Usop, Tajul, Afieq Shazwan serta Asyraf Nasir.

Malam kemuncak AME 2021 bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 30 Januari 2021, jam 9 malam. Ia akan dipancarkan secara eksklusif di platform Astro Ria (104), Astro 4K UHD (780), Astro Go, On Demand dan sooka. Konsert Tirai AME 2021 pula ditayangkan jam 8.30 malam. 

Undian fasa kedua boleh dibuat secara online menerusi tiga platform utama iaitu laman rasmi AME 2021, laman rasmi ERA, aplikasi SYOK serta melalui kiriman SMS sejak 14 Disember 2021 dari jam 6 petang hingga 30 Januari 2022, jam 12.00 tengahari.

Pemenang bagi setiap kategori akan diumumkan sewaktu siaran langsung malam AME 2021 kelak. Setiap undian yang dihantar haruslah diterima dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Gambar: Astro 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Masuk Padang, Kibar Bendera Palestin

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Minat Punya Pasal Ada Peminat Tiru Nama Wardina, Anak

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelan Tindakan Fasa Pertama Tangani Isu Industri Kreatif Mula Suku Ketiga Tahun Ini

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Zii Jia Harap Isu Antara Peminat Dan Media Selesai Secara Baik

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 22 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN