web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rancangan Menarik Di TV AlHijrah Sempena Maulidur Rasul

Sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, TV AlHijrah akan memaparkan program-program menarik bagi meraikan hari istimewa buat seluruh umat Islam ini.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2021 3:55PM

Majlis Pelancaran Kempen Maulidur Rasul dan Wajah Baharu Studio TV AlHijrah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, TV AlHijrah seperti kebiasaannya akan memaparkan program-program menarik bagi meraikan hari istimewa buat seluruh umat Islam ini. 

Lapan seleksi rancangan istimewa akan dihidangkan kepada para penonton AlHijrah bermula 7 Oktober sehingga 29 Oktober 2021.

Kemuncak siaran akan berlangsung pada 19 Oktober di mana saluran TV ini akan membawa penonton memperingati sirah dan sunah Baginda. 

Dokumentari 'Mosque Around The World' telah memulakan siaran pada 4 Oktober, Isnin hingga Rabu, jam 4 petang harus ditonton kerana ia adalah perkongsian maklumat tentang kepelbagaian masjid-masjid seluruh negara serta kajian tentang unsur budaya masjid sesebuah negara. 

Satu lagi program yang tidak harus dilepaskan ialah 'Cinta Ilmu Istimewa Maulidur Rasul' yang akan bersiaran pada 18 hingga 20 Oktober, jam 7.30 malam.

Prof. Madya Dr. Haji Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Roslan Mohamed, Ustaz Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim serta beberapa panel lain akan membincangkan topik 'Keunggulan Baginda SAW', 'Perjuangan Rasulullah' dan 'Kelebihan Umat Akhir Zaman'.

Konsert Muhammad Kekasih Agung pula bakal menemui penonton pada 19 Oktober, Selasa jam 9 malam. Konsert ini adalah simbolik curahan kasih dan kerinduan terhadap Baginda Nabi.

Rancangan ini mengabungkan elemen bacaan Al-Quran, persembahan qasidah, selawat buat Baginda serta monolog, sajak dan tausiyah.

Antara personaliti tanah air yang akan kita tampilkan adalah kumpulan Raihan, kumpulan Zayne, Daqmi, Naqiu, Ustaz Wadi Annuar, Ustaz Jafri Abu Bakar dan ramai lagi.

Rancangan istimewa lain adalah 'Sambutan Maulidur Rasul' pada 18 Oktober jam 9 malam, siaran langsung 'Bincang Niaga' istimewa Keluarga Malaysia pada 20 Oktober jam 4.30 petang, 'Di Ambang Konsert Muhammad Kekasih Agung' pada 19 Oktober jam 6 petang, 'Tilawah Al-Quran Johan-Johan Kebangsaan' pada 26 Oktober jam 9 malam dan 'Gema Haflah' pada 30 Oktober jam 9 malam. - Getaran, 8 Oktober 2021

Gambar: Instagram

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 13 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN