web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hari Kebangsaan Turut Dirai Peminat BoBoiBoy Di Seluruh Dunia

Sempena Hari Kebangsaan, para peminat siri animasi BoBoiBoy seluruh dunia boleh menyertai pertandingan mewarna dalam talian yang dianjurkan oleh syarikat harta intelek dan watak, Monsta.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2021 4:51PM

Gambar: Twitter @BoBoiBoy

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hari Kebangsaan yang disambut Selasa lepas bukan sahaja diraikan anak Malaysia, tetapi juga peminat siri animasi BoBoiBoy di seluruh dunia melalui pertandingan mewarna bertemakan Hari Kebangsaan yang dianjurkan secara dalam talian oleh syarikat harta intelek dan watak, Monsta.

Menurut Monsta dalam kenyataan hari ini, pertandingan mewarna yang diberi nama #TemaMerdekaMalaysia itu bermula 25 Ogos lepas hingga 25 Sept ini.

Pertandingan itu berjaya mendapat sambutan hangat dari dalam dan luar negara termasuk Indonesia, Vietnam, Filipina, Singapura, India, Greece, Emiriah Arab Bersatu, Bangladesh dan beberapa negara lain dengan hampir 500 penyertaan diterima pada minggu pertama.

“Kami amat teruja apabila dapat melihat para peserta menggunakan peluang yang diberikan dalam peraduan mewarna ini untuk mencipta corak samping dan tengkolok BoBoiBoy dengan pelbagai gaya yang tersendiri, sesuai dengan tema nusantara mengikut kreativiti dan imaginasi masing-masing,” kata Ketua Jenama dan Pemasaran Antarabangsa Monsta Faiz Zainal Aabidin dalam kenyataan itu.

Terdapat empat kategori umur yang boleh menyertai pertandingan itu bermula daripada empat hingga enam tahun, tujuh hingga 12 tahun, 13 hingga 17 tahun dan 18 tahun ke atas.

Seramai 15 pemenang akan membawa pulang set barangan eksklusif 'BoBoiBoy Beyond 10' daripada Monsta bersempena ulang tahun BoBoiBoy yang ke-10 tahun ini.

Syarat penyertaan boleh didapati di media sosial rasmi BoBoiBoy dan peserta boleh menghantar hasil mewarna dengan memuat naik gambar tersebut di akaun media sosial Facebook, Instagram atau Twitter masing-masing. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 bulan yang lalu

Pavilion Bukit Jalil Meriahkan Aidilfitri Dengan Adiwira Monsta

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tol Percuma Di Lebuhraya WCE Seksyen 1 Sempena Hari Kebangsaan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong Puas Hati Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 – Fahmi

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Sarimah Ibrahim Kini Mengorak Langkah Bersama Agensi Berpengkalan Di London

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 10 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN