web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerugian Bersih Suku Ke-2 Pos Malaysia, Meningkat Kepada RM121 Juta

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2021 9:42PM

Pos Malaysia menyatakan prestasi lemah itu adalah disebabkan hasil rendah dalam segmen pos berikutan pengurangan kuantiti surat dan kiriman bungkusan yang dikendalikan terutamanya daripada pelanggan kontrak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerugian bersih Pos Malaysia Bhd meningkat kepada RM121.84 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2021, daripada RM19.02 juta dalam tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Hasil jatuh kepada RM533.89 juta daripada RM606.08 juta sebelumnya.

Pos Malaysia berkata prestasi lemah itu adalah disebabkan hasil rendah dalam segmen pos yang turun sebanyak sembilan peratus berikutan kemerosotan perkhidmatan pos disebabkan oleh pengurangan kuantiti surat dan kiriman bungkusan yang dikendalikan terutamanya daripada pelanggan kontrak. 

“Selain daripada hasil rendah, kerugian tinggi yang dicatatkan segmen pos adalah disebabkan rosot nilai hartanah, kilang dan peralatan serta kos tinggi penghantaran dan pengangkutan yang ditanggung,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini. 

Bagi tempoh enam bulan yang berakhir 30 Jun, 2021, kerugian bersih Pos Malaysia melebar kepada RM168.63 juta daripada RM68.24 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lalu manakala hasil turun kepada RM1.13 bilion daripada RM1.16 bilion.

Mengenai prospek masa depan, syarikat itu berkata menjangkakan prestasi operasi yang mencabar bagi tahun kewangan semasa yang berakhir pada 31 Dis, 2021 di samping terus mengambil pendekatan yang sesuai bagi memastikan prospek jangka terdekat terus stabil. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori