web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MYEG Meterai LOI Beli 10 Juta Dos Vaksin Anhui Zhifei Dari China

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Jun 2021 8:16AM

Seorang petugas kesihatan memegang vaksin Anhui Zhifei di Shenyang, China. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - MY E.G. Services Bhd telah memeterai surat hasrat (LoI) membabitkan pembelian sebanyak 10 juta dos vaksin COVID-19 keluaran firma China, Anhui Zhifei Biopharmaceutical Co Ltd.

Ini bagi memastikan kuantiti seterusnya bagi vaksin subunit rekombinan protin atau campuran semula adalah tersedia bagi penghantaran seawal Ogos ini.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, MYEG berkata syarikat itu merupakan pemegang hak eksklusif pengedaran vaksin tersebut selama tiga tahun di Malaysia manakala menerusi satu kerjasama berasingan pula meliputi hak pengedaran eksklusif dua tahun di Filipina.

Syarikat itu juga dalam proses perbincangan untuk usaha sama seumpamanya di negara lain.

“Pada minggu lepas, MYEG telah mengumumkan rancangan untuk melancarkan program vaksin di Filipina yang akan meliputi pembekalan vaksin bagi segmen kesihatan awam serta jualan untuk pihak swasta,” katanya.

Surat hasrat itu bagi memastikan kuantiti vaksin itu dapat dihantar seawal Ogos apabila usaha pemberian vaksin menerusi pasaran swasta dibenarkan.

“Ini membolehkan vaksin diimport dan ditawarkan ke pasaran Malaysia apabila dibuka untuk pasaran swasta dan ini tertakluk kepada kelulusan bersyarat Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA),” katanya.

Kos vaksin tersebut akan ditentukan kemudian berdasarkan kelulusan bersyarat oleh NPRA.

MYEG juga yakin apabila ditawarkan di peringkat tempatan, vaksin berkenaan juga dapat membantu melonjakkan lagi usaha negara mencapai imuniti berkelompok bagi menangani virus COVID-19.

Vaksin yang dibangunkan bersama oleh Zhifei dan Institut Mikrobiologi Akademi Sains China turut menjadi antara pilihan di negara itu sejak mendapat hak kegunaan kecemasan pada awal Mac lepas berikutan kelebihannya sebagai vaksin subunit rekombinan protein.

Lebih 60 juta dos telah diberikan di sekurang-kurangnya 12 kawasan peringkat wilayah, termasuk Beijing selain turut digunakan di negara lain seperti Uzbekistan.

Teknologi rekombinan protein telah terbukti berkesan dan digunakan bagi pembangunan vaksin seperti Hepatitis B serta kayap.

Selain itu, penghasilan vaksin berkenaan secara berskala besar juga lebih mudah, tidak memerlukan penggunaan makmal bercirikan aspek keselamatan bio gred lebih tinggi, lebih cekap kos selain penyimpanan dan penghantaran yang mudah.

Sejak penularan COVID-19, MYEG telah memanfaatkan kekukuhan serta kepakarannya sebagai peneraju penyedia perkhidmatan digital di rantau ini dengan memperkenalkan beberapa inisiatif yang menjadi antara pendekatan menyeluruh untuk membantu membendung pandemik itu.

Selain vaksin, usaha itu termasuk perkhidmatan saringan, pengurusan kuarantin dan sistem pas perjalanan kesihatan digital. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori