Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perdagangan Borong, Runcit Malaysia Turun 5.9 Peratus Pada 2020 – Jabatan Perangkaan

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2021 4:48PM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Perdagangan borong dan runcit Malaysia menyusut sebanyak 5.9 peratus bagi keseluruhan 2020 – pertumbuhan terendah dalam sejarah, demikian menurut Laporan Prestasi Perdagangan Borong dan Runcit Jabatan Perangkaan Malaysia bagi Disember 2020.

Semasa bulan tersebut, perdagangan borong dan runcit turun sebanyak 0.3 peratus tahun ke tahun kepada RM115.5 bilion, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau berkata perdagangan runcit menguncup 2.0 peratus atau RM0.9 bilion kepada RM46.8 bilion pada Disember 2020, manakala perdagangan borong turut susut sebanyak RM0.3 bilion atau -0.6 peratus kepada RM55.3 bilion.

Bagaimanapun, beliau berkata, kenderaan bermotor masih mengekalkan pertumbuhan positif dengan kenaikan RM0.9 bilion atau 7.4 peratus kepada RM13.4 bilion.

Mohd Uzir berkata pertumbuhan negatif perdagangan runcit pada Disember 2020 adalah disebabkan oleh penurunan jualan produk bukan keperluan iaitu jualan runcit di kedai pengkhususan (-6.4 peratus), jualan runcit barangan isi rumah (-4.1 peratus), jualan runcit barangan kesenian dan rekreasi (-4.9 peratus) dan jualan runcit kelengkapan informasi dan komunikasi (-0.9 peratus).   

Bagaimanapun, katanya, jualan barangan keperluan menunjukkan peningkatan iaitu jualan runcit di kedai bukan pengkhususan yang mencatatkan 2.1 peratus kepada RM16.9 bilion tahun ke tahun, diikuti jualan runcit makanan, minuman dan tembakau yang meningkat 6.4 peratus kepada RM2.9 bilion.

Jualan runcit bukan di kedai, gerai atau pasar turut berkembang 9.8 peratus kepada RM0.4 bilion diikuti jualan runcit di gerai dan pasar yang naik 7.3 peratus kepada RM0.1 bilion.

Mengenai perdagangan borong, Mohd Uzir berkata, penurunan 0.6 peratus tahun ke tahun pada Disember 2020 adalah disebabkan oleh penurunan lain-lain pengkhususan jualan borong dan jual borong berdasarkan kontrak atau yuran yang merosot masing-masing -6.4 peratus.

Bagaimanapun, jualan borong makanan, minuman dan tembakau meningkat 5.1 peratus kepada RM10.7 bilion manakala jualan borong barangan isi rumah naik 3.9 peratus kepada RM11.2 bilion.

Begitu juga, jualan borong jentera, peralatan dan bekalan juga berkembang 3.2 peratus tahun ke tahun pada Disember 2020 yang menjana jualan sebanyak RM4.8 bilion, katanya.

Sementara itu, jualan kenderaan bermotor memacu pertumbuhan dalam subsektor kenderaan bermotor merekodkan peningkatan dua digit 15.3 peratus tahun ke tahun kepada RM7.5 bilion.

Ini diikuti penyelenggaraan dan pembaikan motosikal yang mencatatkan nilai jualan RM1.1 bilion, meningkat 6.9 peratus.

Sebaliknya, penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan bermotor menguncup 3.2 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya untuk merekodkan RM1.6 bilion.

Jualan komponen dan aksesori kenderaan bermotor juga merosot 2.6 peratus kepada RM3.2 bilion.

Mohd Uzir berkata bagi bulan ke bulan, nilai jualan meningkat 4.6 peratus pada Disember 2020 berbanding November 2020 selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditarik balik, kecuali di negeri dan daerah tertentu berikutan peningkatan kes harian COVID-19. 

Beliau berkata pertumbuhan bulan ke bulan itu disumbang peningkatan 4.8 peratus atau RM2.5 bilion dalam perdagangan borong serta perdagangan runcit yang masing-masing berkembang sebanyak RM2.0 bilion atau 4.5 peratus, diikuti kenderaan bermotor yang meningkat RM0.6 bilion atau 4.4 peratus.

Sementara itu, Indeks jualan runcit dalam talian merekodkan pertumbuhan 37.3 peratus tahun ke tahun.           

“Bagi indeks jualan runcit dalam talian pelarasan musim, ia meningkat 3.9 peratus berbanding bulan sebelumnya,” katanya.

Dari segi indeks volum, perdagangan borong dan runcit mencatatkan pertumbuhan negatif -0.7 peratus tahun ke tahun disebabkan oleh penurunan Perdagangan Runcit yang susut 2.9 peratus manakala perdagangan borong juga mencatatkan sedikit penurunan sebanyak -0.02 peratus, kata Mohd Uzir.

Sebaliknya, kenderaan bermotor mencatatkan pertumbuhan positif 6.0 peratus. – Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Perbelanjaan Pelancongan Domestik Rekod RM23.8 Bilion

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pelancongan Domestik, Perbelanjaan Rekod RM23.8 Bilion - DOSM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Bilangan Penganggur Berkurang Kepada 580,700 Pada 2023 - DOSM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Perlu Lesen Sebelum Gajikan Pelakon Kanak-Kanak, Lebih 73 Peratus Syarikat Tidak Tahu - DOSM

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu