web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MSC Hentikan Operasi Selepas Diklasifikasi Semula Bukan Sektor Keperluan

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2021 9:37PM

MSC menghasilkan 7% bekalan timah dunia dengan anggaran 330,000 tan dihasilkan tahun lepas - Gambar internationaltin.org

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengeluar timah ketiga terbesar di dunia, Malaysia Smelting Corporation (MSC), terpaksa menghentikan operasi sepertimana yang diarahkan oleh kerajaan setelah industri peleburan jongkong timah diklasifikasikan semula sebagai sektor bukan keperluan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi syarikat itu, Raveentiran Krishnan, rombakan klasifikasi sektor ekonomi yang membabitkan aktiviti peleburan jongkong timah dibuat sempena penguatkuasaan Sekatan Pergerakan Penuh yang dijangka berakhir pada 14 Jun ini.

“Selepas penyemakan semula klasifikasi itu, aktiviti peleburan jongkong timah telah dianggap sebagai bukan keperluan, maka MSC telah diarah menghentikan operasi sehingga 14 Jun,” kata Raveentiran dalam satu surat, lapor laman portal The Vibes. 

Tujuh peratus bekalan timah dunia dibekalkan oleh MSC di mana tahun lepas syarikat itu menghasilkan 330,000 tan jongkong timah daripada bijih-bijih yang dilombong dari Nigeria dan Congo.

“MSC telah berkali-kali memohon kepada kepada kerajaan untuk diberi kebenaran beroperasi namun sehingga sekarang pihak kami masih belum menerima maklum balas yang positif berkenaan hal tersebut.

“Dengan keadaan pandemik yang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda bahawa ia akan reda, kami tidak pasti berapa lama untuk keadaan jadi seperti sediakala,” jelas Raveentiran. – Getaran, 8 Jun 2021.

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori