Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tesla Mula Hantar Model Y Di Malaysia

Ekonomi Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2024 12:33PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tesla telah memulakan penghantaran Model Y, kenderaan utiliti sukan elektriknya (SUV) di Malaysia.

Syarikat itu berkata, model itu didatangkan dalam tiga varian iaitu Model Y (pacuan roda belakang), Model Y Long Range (dwimotor pacuan semua roda) dan Model Y Performance (dwimotor pacuan semua roda).

Harga bermula dari RM200,700 untuk Model Y, RM247,700 untuk Model Y Long Range dan RM289,700 bagi Model Y Performance.

"Model Y didatangkan dengan bumbung semua kaca, autopilot, ciri keselamatan aktif termasuk sistem penapisan udara zarah berkecekapan tinggi (HEPA).

"Orang ramai kini boleh merasai Model Y semua elektrik di Pusat Pengalaman Tesla Cyberjaya," kata pembuat kereta elektrik itu dalam satu kenyataan.

Tesla berhasrat untuk mengembangkan lagi jualan, perkhidmatan selepas jualan dan sokongan pengecasannya di negara ini untuk menyediakan pengalaman pemilikan Tesla yang mudah serta lancar.

Setakat hari ini, Tesla sudah membuka dan mengendalikan enam stesen pengecasan super serta lapan stesen pengecasan destinasi di Malaysia, menawarkan sejumlah 30 pengecas super dan 37 pengecasan destinasi di bandar-bandar utama di negara ini.

Tesla berkata ia akan terus membina lebih banyak infrastruktur pengecasan dan memperluaskan liputan pengecasan di Malaysia. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Aksi Tesla Model Y Redah Banjir Di Dubai

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

Microsoft Setuju Tambah Pelaburan, Bukti Asas Ekonomi Negara Kukuh - PM

oleh Sophia Ahmad

Usahawan 10 jam yang lalu

Pengusaha Harumanis Tak Menang Tangan Penuhi Permintaan Pelanggan

oleh Rafisqi Radhi