web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PKP 3.0 Tidak Beri Kesan Buruk Seperti PKP 1.0 - RHB Research

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2021 11:53AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tidak memberi kesan buruk seperti PKP 1.0 kerana banyak sektor penting ekonomi tetap beroperasi walaupun tidak berada pada kapasiti penuh dengan agen ekonomi telah menyesuaikan diri dengan persekitaran pandemik COVID-19.

Selain itu, dasar fiskal dan monetari yang agak longgar dibandingkan tahun 2020, dasar kegiatan ekonomi lebih meluas berlaku, kata RHB Research dalam nota penyelidikannya hari ini.

"Keadaan pasaran buruh berada pada fasa pemulihan dan kami menjangkakan kadar pengangguran akan menurun pada separuh kedua 2021 hingga 4.0 peratus daripada suku pertama pada sekitar 4.8 peratus.

“Aktiviti ekonomi global pula berkemungkinan akan kekal kukuh untuk kembali pulih tahun ini.

"Prospek separuh kedua untuk aktiviti sektor pembuatan dalam fasa pemulihan didorong oleh pemulihan sederhana dalam perbelanjaan pengguna untuk kenderaan, elektronik isi rumah, perbelanjaan secara berterusan untuk bahan asas dan bahan binaan," katanya.

Bagi hartanah kediaman, RHB Research berkata suku kedua 2021 akan mengalami kemerosotan dengan suku kedua 2021 cenderung ke arah pemulihan yang sederhana ketika prospek pendapatan dan pekerjaan bertambah baik.

Sektor pembinaan pula dengan perbelanjaan modal swasta cenderung berdaya tahan pada sebahagian besar untuk tahun 2021 kecuali suku kedua 2021, firma penyelidikan itu menjankan berlaku pemulihan pantas pada separuh kedua 2021.

"Sektor kelapa sawit yang mengalami masalah isu bekalan tenaga kerja bersama dengan harga niaga hadapan yang terus meningkat, ia berkemungkinan akan mendapat keuntungan daripada kesan harga yang berdaya tahan untuk mengimbangi sebahagian kelemahan dalm output.

"Kami mengunjurkan kegiatan yang berkaitan dengan pelancongan akan terkesan untuk tahun 2021 kerana pintu sempadan antarabangsa dan perjalanan rentas antara negeri sebahagiannya masih ditutup untuk jangka masa yang panjang,” katanya. -  Bernama

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori