Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Untung Selepas Cukai JCORP Melonjak Lebih 100 Peratus Kepada RM808 Juta Bagi Tahun Kewangan 2022

Ekonomi Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2023 10:39AM

Pertumbuhan cemerlang itu disokong peningkatan perolehan kumpulan sebanyak 12 peratus iaitu melonjak kepada RM5.7 bilion, didorong prestasi kukuh yang dicapai merentas segmen perniagaannya. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keuntungan selepas cukai (PAT) yang direkodkan Johor Corporation Group (JCorp) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022 melonjak lebih 100 peratus kepada RM808 juta daripada RM379 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan 2021.

Dalam kenyataan pada Selasa, JCorp menjelaskan pertumbuhan cemerlang itu disokong oleh peningkatan perolehan kumpulan sebanyak 12 peratus iaitu melonjak kepada RM5.7 bilion, didorong prestasi kukuh yang dicapai merentas segmen perniagaannya.

Di peringkat syarikat, JCorp mencatatkan PAT tertinggi dalam sejarahnya pada tahun kewangan 2022 dengan jumlah RM701 juta.

JCorp memaklumkan dari segi prestasi segmen, perolehan segmen perniagaan tani mencecah RM1.85 bilion, menunjukkan kenaikan sebanyak 13 peratus pada tahun fiskal berbanding tahun kewangan 2021 yang didorong oleh harga minyak sawit mentah (MSM) dan isirung sawit yang tinggi.

Segmen kesejahteraan dan penjagaan kesihatan juga meningkat ketara pada tahun kewangan 2022 dengan perolehan menokok 13 peratus daripada angka pada tahun sebelum ini, menurutnya.

“Peningkatan ketara aktiviti pesakit dalam dan pesakit luar, masing-masing meningkat sebanyak 50 peratus dan 19 peratus, menyumbang kepada kejayaan ini manakala perolehan pelancongan perubatan yang lebih baik turut berperanan penting dalam meningkatkan prestasi segmen ini.

“Segmen hartanah dan infrastruktur menunjukkan daya tahan yang luar biasa, mengukuhkan potensi pertumbuhannya melalui penjualan tanah perindustrian dan hartanah kediaman,” tambahnya.

JCorp menjelaskan walau bagaimanapun segmen makanan dan restoran mencatatkan kerugian sebanyak RM31 juta, terutama disebabkan penstrukturan semula segmen yang berterusan untuk memperkemas operasi.

Presiden dan Ketua Eksekutif, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim berkata beliau gembira dengan rancangan penciptaan semula JCorp 3.0 kumpulan itu, yang telah berakhir dengan kejayaan bagi tahun fiskal yang dinilai.

“Prestasi luar biasa kami untuk tahun kewangan 2022 telah didorong oleh pelan penstrukturan semula korporat yang sangat berjaya ditambah dengan usaha rasionalisasi aset dan penstrukturan semula kewangan kami (yang) juga (menghasilkan) kesan positif.

“Inisiatif asas ini telah mendorong agenda penciptaan nilai kami, merealisasikan kecekapan operasi dan memacu inovasi sekali gus meningkatkan kecekapan kami,” katanya.

Syed Mohamed berkata JCorp juga akan terus memberi tumpuan kepada pertimbangan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Sebenarnya, baru-baru ini kami membangunkan rangka kerja kemampanan dan menubuhkan lembaga jawatankuasa kemampanan selain menetapkan sasaran untuk mencapai sifar bersih pada 2050.

“Yang penting, kami berpandukan rangka kerja pengawasan iaitu hala tuju betul kami, yang menunjukkan laluan ke arah memastikan pulangan optimum untuk pemegang kepentingan kami,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Nahas Pesawat: Menantu Presiden JCorp Antara Mangsa Terkorban

2

Sukan 11 bulan yang lalu

Kontroversi Sukan SEA: ‘Saya Tidak Akan Minta Maaf Kerana Menghantar Atlet Muda – Hannah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Orang Ramai Dipelawa Sertai Tinjauan Prestasi 100 Hari Menteri Kabinet

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Cerita Bulanan KKD Lapor Prestasi Kementerian Setiap Bulan - Fahmi

Sorotan

1

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

2

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 14 jam yang lalu

Microsoft Setuju Tambah Pelaburan, Bukti Asas Ekonomi Negara Kukuh - PM

oleh Sophia Ahmad