web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PERODUA Jangka Selesaikan Masalah Penapis Minyak Bocor Menjelang Jun

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2023 10:06AM

Zainal Abidin Ahmad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menjangkakan isu penapis minyak bocor yang dikaitkan dengan vendornya dapat diselesaikan menjelang pertengahan tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata masalah tersebut membabitkan hampir 40,000 unit kenderaan merangkumi Perodua Aruz dan model kenderaan yang mengadaptasi platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) seperti Perodua Alza dan Ativa. 

“Vendor sedia ada perlu membuat penambahbaikan dalam tempoh tertentu yang ketika ini kami sedang pantau berasaskan kepada penambahbaikan yang mereka tunjukkan.

“Ini boleh dilihat menerusi data yang kita kumpul, yang mana kadar tuntutan jaminan telah menurun semenjak Februari.  Ini bermakna penapis minyak yang sudah diganti tidak lagi mengalami masalah,” katanya kepada pemberita selepas mempamerkan kereta elektrik konsep pertamanya di pameran Malaysia Autoshow 2023, disini, semalam.

Pada masa yang sama Zainal Abidin berkata Perodua turut mengkaji beberapa vendor yang lain sebagai langkah alternatif bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“Kami telah berbincang dengan beberapa pembekal di seluruh dunia yang boleh memenuhi permintaan penapis minyak model DNGA tersebut,” katanya.

Beliau menjelaskan kereta hasil pengeluaran pengilang komponen asal (OEM) tidak terkesan dengan isu terbabit kerana telah menepati kesemua piawaian mengikut keperluan pengeluaran.

Namun, isu itu melibatkan kereta ‘aftermarket’ (alat ganti alternatif) yang menggunakan pembekal berbeza berbanding dengan OEM, tambahnya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ