Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pihak Swasta Digalakkan Bina Fasiliti Pemprosesan Sisa Bahan Bakar Kapal Di Pelabuhan

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 5:05PM

Anthony Loke - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PELABUHAN KLANG - Kerajaan menggalakkan pihak swasta membangunkan fasiliti memproses sisa bahan bakar kapal (PRF) di kawasan pelabuhan-pelabuhan di negara ini yang mampu membantu memelihara alam sekitar selain menjana potensi perniagaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pemilik fasiliti itu kelak boleh mengenakan bayaran kepada kapal-kapal yang membuang sisa-sisa yang boleh diproses semula untuk kegunaan lain, sekali gus memberi peluang perniagaan yang besar memandangkan banyak kapal berlabuh di negara ini.

Loke berkata mengambil contoh, Pelabuhan Klang menerima kira-kira 15,000 kapal yang berlabuh setiap tahun dengan anggaran hasil sisa buangan bahan bakar berjumlah sekitar 50,000 tan yang biasanya dibuang menggunakan lori di luar kawasan pelabuhan.

“Ini memberi risiko kepada alam sekitar dengan terdapat kes-kes pencemaran yang membabitkan lori-lori yang tidak bertanggungjawab membuang sisa bahan bakar ini ke dalam sungai dan ladang kelapa sawit,” katanya. 

Loke berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran pecah tanah projek Port Klang Port Reception Facility di sini hari ini.

Projek yang bakal dibangunkan KA Petra Group melalui anak syarikatnya Port Klang Port Reception Facility Sdn Bhd di Westports di sini, bakal menjadi satu pencapaian baharu bagi bidang maritim tempatan.

Beliau berkata fasiliti PRF itu menelan kos pembinaan sekitar RM60 juta dan bakal siap serta sedia untuk beroperasi sepenuhnya dalam tempoh 12 bulan dari sekarang.

Mengulas lanjut, Loke berkata ketiadaan fasiliti PRF boleh menyebabkan industri kehilangan potensi kapal untuk berlabuh di negara ini kerana kebanyakan kapal memilih untuk berlabuh di Singapura yang terlebih dahulu menyediakan perkhidmatan berkenaan.

Beliau dalam pada itu turut mengulas mengenai pelan pembangunan Pulau Carey di Kuala Langat sebagai pelabuhan mega ketiga selepas dua pelabuhan utama iaitu Pelabuhan Barat dan Pelabuhan Utara.

Pada masa ini katanya ramai pelabur swasta tampil menunjukkan minat untuk membangunkan pelabuhan berkenaan, namun kerajaan perlu menilai dari segi kemampuan dan kedudukan kewangan mereka.

“Tapi kita telah menetapkan sasaran untuk mengumumkan beberapa keputusan penting pada tahun ini bagi menerajui pelan pembangunan pelabuhan di Pulau Carey,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

2

Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok

3

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah

4

Malaysia Kekal Pendirian Tak Benar Syarikat Berdaftar Di Israel Jalan Aktiviti Dalam Negara

5

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas - Shahril

6

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 10 jam yang lalu

Shell Bincang Jual Stesen Minyak Di Malaysia Kepada Saudi Aramco - Sumber

oleh Wartawan Getaran