web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


50 Hab PoP Disasar Di Johor Selewat-Lewatnya Hujung November - Teo

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2023 1:18PM

Teo Nie Ching (dua dari kanan) bergambar bersama-sama pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Bazar Ramadan UTM, semalam. - Gambar dari Facebook Teo Nie Chin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sejumlah 50 hab rangkaian gentian optik titik kehadiran atau Point of Presence (PoP) disasarkan akan disiapkan di negeri ini selewat-lewatnya, penghujung November ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata pemasangan gentian optik itu, bukan sahaja boleh meluaskan liputan infrastruktur jalur lebar di kawasan sekolah luar bandar malah turut melibatkan kawasan sekitarnya.

"Dalam Belanjawan 2023, telah diumumkan RM725 juta untuk projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan sasaran kita di Johor ini adalah hendak wujudkan 50 PoP di bawah peruntukan ini.

"Sebenarnya PoP patut siap pada akhir tahun lepas, tetapi sehingga hari ini, tiada satu pun yang telah disiapkan, jadi kami telah berikan satu sasaran baharu iaitu selewat-lewatnya 30 Nov tahun ini perlu disiapkan 50 PoP oleh kontraktor.

"Antara isu menyebabkan projek itu tidak dapat disiapkan hujung tahun lepas ialah kerana menunggu kelulusan agensi berkaitan, justeru Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri bagi memastikan kelulusan diperoleh secepat mungkin sekali gus mencapai sasaran 50 PoP November nanti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengedarkan kurma dan bubur lambuk kepada pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Bazar Ramadan UTM di sini, semalam.

Menurut Teo liputan rangkaian 4G di kawasan berpenduduk di Johor setakat suku keempat tahun lepas telah mencapai 99.09 peratus manakala liputan 5G mencapai 52.3 peratus.

Mengenai gangguan liputan Internet di Insitusi Pengajian Tinggi (IPT), beliau berkata pihak berkaitan diminta mengemukakan aduan kepada kementerian sekiranya berdepan masalah tersebut.

"Pasukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan dihantar bagi mengenal pasti punca capaian Internet yang kurang memuaskan di sesuatu kampus.

"Setakat ini, tiada aduan mengenai perkara itu diterima KKD," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ