web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PETRONAS Catat Pencapaian Terbaik Dalam Sejarah Bagi Tahun Kewangan 2022, Untung Bersih Melonjak 51 Peratus

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2023 9:12PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) mencatatkan prestasi kewangannya yang paling mantap dengan keuntungan bersih RM101.6 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022 (FY2022), meningkat 51 peratus berbanding RM50.9 bilion setahun lalu, didorong oleh keadaan pasaran yang menggalakkan tahun lepas.

Syarikat minyak dan gas negara itu merekodkan hasil paling tinggi tahun ke tahun (y-o-y) sebanyak RM375.3 bilion pada FY2022 daripada RM248.0 bilion, melonjak 100 peratus terutamanya disebabkan impak harga yang menggalakkan untuk produk-produk utama sejajar dengan harga penanda aras yang lebih tinggi.

Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) meningkat 70 peratus tahun ke tahun kepada RM170.7 bilion.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata ketika pada 2022 membolehkan kumpulan itu memanfaatkan kenaikan harga minyak dan gas dengan baik, tahun lepas juga menandakan peningkatan turun naik permintaan bekalan didorong oleh peralihan mendadak dalam pasaran dan peralihan tenaga yang dipercepatkan.

“Walaupun kami mantap dengan kedudukan yang lebih kukuh, PETRONAS akan terus mengukuhkan rantaian nilai bersepadu dengan fokus yang lebih terarah kepada kecemerlangan komersial dan operasi,” katanya pada majlis pengumuman prestasi kewangan PETRONAS untuk tahun kewangan 2022 di sini, hari ini.

Tengku Muhammad Taufik menegaskan PETRONAS akan meneruskan pengembangannya secara organik dengan meneroka peluang dan menegakkan disiplin modal dalam pelaburan semula dan mengembangkan portfolio perniagaannya.

Aliran tunai daripada aktiviti operasi (CFFO) PETRONAS meningkat kepada RM135.3 bilion, manakala pelaburan modal berjumlah RM50.1 bilion disumbangkan oleh projek-projek huluan dan hiliran.

Jumlah aset syarikat juga mengukuh kepada RM710.6 bilion pada 31 Dis, 2022.

Ekuiti pemegang sahamnya meningkat kepada RM401.6 bilion pada 31 Dis, 2022, terutamanya disebabkan oleh keuntungan yang dicatatkan pada tahun tersebut.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan PETRONAS, Liza Mustapha berkata walaupun sebahagian besar penjanaan hasil adalah di Malaysia, 74 peratus daripada hasil itu direalisasikan melalui eksport dan operasi antarabangsa.

Beliau menambah perbelanjaan modal domestik meningkat sebanyak 24 peratus dengan keputusan pelaburan akhir (FID) adalah untuk 16 projek, manakala pinjaman kumpulan berjumlah RM104 bilion.

PETRONAS merekodkan jumlah purata pengeluaran harian sebanyak 2,434 ribu tong setara minyak (boe) sehari pada 2022, lebih tinggi daripada 2,275 ribu boe sehari pada 2021, terutamanya didorong oleh permintaan keseluruhan yang bertambah baik untuk gas di Semenanjung Malaysia ditambah dengan peluang yang direalisasikan dan prestasi yang lebih baik daripada operasi antarabangsa.

Kumpulan itu juga mencapai 37 hidrokarbon pertama, 26 FID, dan sembilan penemuan penerokaan di Malaysia dan luar negara, kata PETRONAS.

Melangkah ke hadapan, Liza berkata industri minyak dan gas berpotensi menyaksikan harga menjadi sederhana pada 2023 memandangkan jangkaan kelembapan ekonomi, walaupun ia berdepan dengan ketidaktentuan pasaran yang berpanjangan.

“Dalam persekitaran ini, syarikat akan terus memacu kecemerlangan operasi dalam perniagaan terasnya sambil mengejar sasaran pertumbuhan dan kemampanan,” tambah beliau. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ