web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MRCB Catat Untung Sebelum Cukai RM154.3 Juta Tahun Kewangan 2022

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2023 10:16PM

MRCB memaklumkan keuntungan tersebut diraih berdasarkan peningkatan hasil sebanyak RM3.2 bilion diperoleh MRCB sepanjang tahun lalu. - Gambar dari mrcb.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM154.3 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 berbanding keuntungan sebelum cukai tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM61.3 juta.

Keuntungan tersebut diraih berdasarkan peningkatan hasil sebanyak RM3.2 bilion diperoleh MRCB sepanjang tahun lalu, berbanding RM1.4 bilion pada tahun sebelumnya.

Prestasi kewangan kukuh itu dipacu oleh normalisasi semula operasi kumpulan selepas dua tahun terkesan akibat pandemik COVID-19 sehingga menyebabkan hasil dan keuntungan meningkat disumbangkan oleh sektor pembinaan serta pemulihan jualan dalam sektor hartanah.

MRCB menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan sektor pembangunan hartanah dan pelaburan mencatat pertumbuhan sebanyak  84 peratus dalam hasil kepada RM914.6 juta dan kenaikan sebanyak 15 peratus dalam keuntungan operasi kepada RM176.7 juta pada tahun 2022. 

“Penyumbang utama adalah daripada segmen pembangunan hartanah iaitu Sentral Suites dan TRIA 9 Seputeh, yang mana proses pembangunan masing-masing adalah 89 peratus dan 88 peratus.

“Bahagian tersebut menjual RM487.9 juta nilai hartanah pada tahun 2022 dan memiliki jualan hartanah belum dibil adalah sebanyak RM536.5 juta pada 31 Disember 2022,” katanya.

Selain itu, segmen kejuruteraan, pembinaan dan persekitaran pula mencatat pertumbuhan sebanyak 147 peratus dalam hasil kepada RM2.2 bilion yang disumbangkan oleh projek LRT3 berjumlah RM11.4 bilion.

“Hasil itu juga diperoleh daripada pakej SUKE CA2 projek pembinaan (projek perumahan) PR1MA Brickfields,” katanya.

Mengenai prospek Kumpulan, MRCB berkata, tumpuannya kini adalah meningkatkan aliran tunai dengan menjana kewangan daripada inventori siap yang tidak terjual berjumlah RM227 juta pada 31 Disember tahun lalu.

“Kumpulan juga mahu meningkatkan jualan daripada pembeli asing dengan pembukaan sempadan terutamanya untuk Sentral Suite, pembangunan VIVO 9 Seputeh dan unit kediaman St Regis.

“Dengan kepentingan dalam 1,153 ekar tanah bandar dengan nilaian pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM33 bilion, kumpulan itu mempunyai bekalan tanah jangka panjang yang mampan untuk projek masa depan,” katanya. - Getaran, 20 Februari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ