web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sektor Peruncitan Masih Mampu Berkembang - Ko-Makmur

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2021 12:52PM

Setiausaha Koperasi Makmur Berhad, Khairul Azam Awang (tengah, baju hitam) meninjau operasi kaunter di pasar raya MG Coop Mart di Indera Mahkota, Kuantan, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Di sebalik perkembangan ekonomi dunia dan tempatan yang agak lembab sejak tahun lalu, namun ia dilihat tidak menjejaskan sektor peruncitan yang dijangka masih mampu berkembang. 

Setiausaha Koperasi Makmur Berhad (Ko-Makmur), Khairul Azam Awang berkata, sektor peruncitan kekal sebagai antara sektor yang mempunyai hubungan rapat dengan pengguna dan mempunyai kumpulan sasar yang tersendiri. 

"Kami di Ko-Makmur melihat kepada sektor ini yang bukan sahaja masih mampu bertahan, tapi turut berpotensi berkembang walaupun secara perlahan tapi konsisten.

"Bagi memastikan pengguna mempunyai pilihan untuk berbelanja, Ko-Makmur sedia tampil menawarkan dan menyediakan pilihan itu dengan pilihan produk pada harga kompetatif dan berkualiti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perasmian pasar raya MG Coop Mart di Indera Mahkota, dekat sini, pagi tadi. 

Pasar raya itu adalah cawangan kedua milik MG Coop Mart selepas pembukaan cawangan pertama di Indera Sempurna, tahun lalu. 

Sempena pembukaan cawangan itu juga, pihak Ko-Makmur mengagihkan 500 ayam proses percuma kepada pelanggan mereka. 

Turut hadir Pengurus Besar MG Coop Mart, Azlisham Muhamad. 

Sementara itu ketika ditanya mengenai perancangan jangka pendek dan sasaran jangka panjang Ko-Makmur dalam sektor peruncitan, Khairul Azam berkata pihaknya bercadang membuka 10 pasar raya MG Coop Mart di sekitar Kuantan menjelang hujung tahun ini. 

"Selain itu, kita juga merancang membuka sekurang-kurangnya 300 pasar raya MG Coop Mart di seluruh negara dalam tempoh lima tahun akan datang. 

"Perancangan jangka panjang dan jangka sederhana ini dibuat selepas kajian mengenai potensi (sektor peruncitan) dilakukan dengan teliti. 

"Kita percaya melalui sokongan pelanggan dan kerjasama baik dengan pemborong dan pembekal, sasaran Ko-Makmur boleh menjadi kenyataan," katanya. - Getaran, 1 Mei 2021

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori