Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Selgate Lancar Cawangan Terbaru Selcare Pharmacy Di Bangi

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2021 11:02AM

Noor Hisham menyampaikan sumbangan kepada anak-anak dari Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah dan Rumah Bakti Nur Ain pada majlis pelancaran Selcare Pharmacy di Bangi, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Selcare Pharmacy Sdn Bhd, anak syarikat Selgate Healthcare Sdn Bhd yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan Syarikat Selgate melancarkan cawangan terbarunya di Evo Mall Bangi, semalam.

Pelancaran dan perasmian tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengerusi Selcare Pharmacy, Noor Hisham Mohd Ghouth, diiringi oleh Pengerusi Selcare Corporation, Dr Nor Fuad Abdul Hamid dan Pengerusi Yayasan Selgate, Tan Sri Dr Yahya Awang.

Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya, Dr Muaz Omar berkata, Selcare Pharmacy di Evo Mall Bangi itu adalah cawangan fizikal kedua setakat ini.

"Kami menawarkan pelbagai jenis produk penjagaan diri yang juga merupakan jenama kami sendiri, selain bekalan perubatan dan produk kecantikan yang mapan.

"Cawangan pertama kami ialah di Menara PKNS Petaling Jaya dan kami merancang untuk membuka cawangan seterusnya di Unisel Shah Alam," katanya selepas pelancaran.

Pengerusi Selcare Pharmacy, Noor Hisham pula berkata, pihaknya turut meraikan pelajar serta anak-anak dari Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah dan Rumah Bakti Nur Ain dengan memberikan wang sumbangan bernilai RM30,000, sempena dengan Ramadan.

"Penting bagi kita untuk mengambil kesempatan ini dan menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan, ketika saling berusaha untuk mengembangkan perniagaan dalam industri penjagaan kesihatan," katanya kepada media.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS-Andaman, Mohd Fauzi Ibni Hajar, Ketua Pegawai Eksekutif Selgate Healthcare, Tengku Iesta Tengku Alaudin, Pengarah Lembaga Yayasan Selgate, Datin Paduka Dr Hajah Noraida dan Pengerusi Lembaga Pengarah Selgate Corporation, Dr. Nor Fuad Abdul Hamid.

Selcare Pharmacy adalah anak syarikat Selgate Healthcare Sdn Bhd yang menyediakan pelbagai jenis ubat-ubatan serta barangan penjagaan dan kesihatan.

Matlamat utama Selcare Pharmacy adalah untuk memberikan kualiti dan kecekapan dalam perawatan farmasi melalui pengalaman menarik dengan kualiti produk, perkhidmatan dan nasihat profesional yang terbaik. - Getaran, 1 Mei 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Aliran Trafik Lancar Di Lebuhraya Utama

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Agong Zahir Penghargaan Kepada Arab Saudi Berjaya Urus 2 Juta Jemaah Haji

3

Semasa 10 bulan yang lalu

KKM Semak Semula Keperluan Tenaga Kerja Kesihatan – Dr Zaliha

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Suspek Rompak Farmasi Guna Sabit Diburu

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 8 jam yang lalu

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM