web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peningkatan Ringgit Bukti Pelabur Asing Semakin Yakin Dengan Kerajaan Perpaduan

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2023 2:05PM

Nga Kor Ming berkata peningkatan nilai ringgit merupakan satu petanda amat postif dan bukti bahawa pelabur asing semakin yakin dengan pentadbiran kerajaan perpaduan. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peningkatan nilai ringgit di bawah kerajaan perpaduan adalah satu petanda amat positif yang membuktikan pelabur asing semakin yakin dengan pentadbiran kerajaan.

Selaras dengan perkembangan memberangsangkan itu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menyeru semua pihak mendukung kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Nga Kor Ming
Nga Kor Ming

"Di bawah kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, nilai ringgit telah meningkat dari RM4.74 kepada RM4.29 bagi satu dolar Amerika Syarikat (AS).

"Ini adalah satu petanda amat postif dan bukti bahawa pelabur asing semakin yakin dengan pentadbiran kerajaan perpaduan.

"Marilah kita terus mendokong kerajaan, masa depan milik kita bersama," ciapnya di Twitter.

Dalam ciapan lain, Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkata, antara misi kerajaan perpaduan adalah untuk menjadikan negara ini sebagai destinasi utama pelaburan domestik dan asing yang berkualiti tinggi.

“Syarikat gergasi antarabangsa, Intel telah memberi komitmen untuk melabur RM30 bilion untuk tempoh lebih 10 tahun bagi mengembangkan operasinya di Pulau Pinang dan Kulim, Kedah.

"Keyakinan Intel kepada pentadbiran kerajaan hari ini adalah satu lagi perkembangan positif supaya lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi diadakan," katanya.

Sebelum ini, Anwar dilaporkan sebagai berkata, kerajaan akan terus memperkasa usaha untuk meningkatkan lagi keyakinan pelabur luar dengan mengamalkan tadbir urus yang baik dan bebas rasuah, sekali gus memastikan Malaysia bukan tempat untuk pemimpinnya menggondol kekayaan.

Beliau berkata, kerajaan sudah mendapat senarai pelabur dari negara seperti Eropah, AS, China, India serta beberapa negara sekitar Asia yang akan datang dan melihat sendiri perkembangan di Malaysia, khususnya dari aspek ekonomi. - Getaran, 21 Januari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik