web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nilai Ringgit Terus Naik Berbanding Dolar AS

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 10:37AM

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan terus menambah nilai kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS daripada penutupan Khamis pada 4.4910/5000 - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ringgit meneruskan momentum positifnya pagi ini, meningkat sebanyak 0.38 peratus berbanding dolar AS pada sesi pembukaan urus niaga, sekali gus mencerminkan sentimen menggalakkan selepas kemelut politik semasa di dalam negara selesai.

Selain itu, pasaran turut mengambil petunjuk daripada isyarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mengenai penurunan dalam kenaikan kadar.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan terus menambah nilai kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS daripada penutupan Khamis pada 4.4910/5000.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pergerakan aktif dalam pasaran saham Malaysia berikutan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, turut membantu ringgit untuk menarik pelabur asing.

Pengerusi Pakatan Harapan itu mengangkat sumpah sebagai perdana menteri di Istana Negara semalam.

“Bagaimanapun, pemacu sentimen utama pada masa hadapan ialah kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan seperti yang terkandung dalam minit Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC),” katanya kepada Bernama.

Namun begitu, beliau pasaran dijangka lengang kerana AS akan meraikan cuti  Hari Kesyukuran pada hujung minggu ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Nilai ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2522/2561 daripada 3.2678/2749 pada penutup Khamis dan tinggi berbanding euro pada 4.6573/6625 daripada 4.6792/6886 sebelumnya.

Ringgit turut menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.4169/4229 daripada 5.4305/4414 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2199/2237 daripada 3.2412/2479 semalam. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan