web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Datasonic Peroleh Kontrak KDN Bernilai RM140 Juta, Bekalkan Kad Pekerja Asing

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2022 2:30PM

Datasonic mendapat kontrak berkenaan untuk tempoh selama 36 bulan bermula 1 November hingga 31 Oktober 2025. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Anak syarikat milik penuh Datasonic Group Bhd, Datasonic Technologies Sdn Bhd telah menerima kontrak daripada Kementerian Dalam Negeri bernilai RM140 juta untuk membekalkan kad pekerja asing (I-Kad) kepada Jabatan Imigresen.

Kontrak itu adalah untuk tempoh 36 bulan bermula 1 November 2022 hingga 31 Oktober 2025, kata Datasonic dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Di bawah kontrak itu, Datasonic Technologies dikehendaki mengemukakan bon prestasi RM2.33 juta kepada kementerian dengan tempoh sah bermula dari 1 November 2022 hingga 31 Oktober 2026.

Ia juga perlu melaksanakan latihan dan pendidikan profesional untuk usahawan yang sedang berkembang di bawah program kerajaan berdasarkan nilai kontrak dengan sekurang-kurangnya 58 peserta tanpa kos kepada kerajaan, katanya dalam makluman berkenaan.

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan kumpulan dan aset bersih sesaham untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023 dan tahun kewangan sepanjang tempoh kontrak. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan