Berita Terkini

6 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Kadar Inflasi Negara Pada September Catat 4.5 Peratus, Rendah Berbanding Ogos

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 2:39PM

Angka inflasi pada September itu disumbangkan terutamanya oleh peningkatan inflasi kumpulan makanan yang menyederhana kepada 6.8 peratus berbanding 7.2 peratus pada Ogos 2022. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kadar inflasi negara pada bulan lalu mencatatkan kadar 4.5 peratus, iaitu lebih rendah berbanding Ogos lalu, iaitu 4.7 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perbandingan bulan ke bulan menunjukkan inflasi bulan lalu terus menyederhana kepada 0.1 peratus, berbanding 0.2 peratus pada Ogos.

“Bagi September, Malaysia mencatatkan kadar inflasi lebih rendah, berbanding beberapa negara terpilih seperti Zon Euro (10 peratus), Amerika Syarikat (8.2 peratus), Filipina (6.9 peratus), Thailand (6.4 peratus), Indonesia (6 peratus) dan Republik Korea (5.6 peratus),” katanya menerusi kenyataan.

Mengulas lanjut, Mustapa menambah, kenaikan bulan lalu disumbangkan terutamanya oleh peningkatan inflasi kumpulan makanan yang menyederhana kepada 6.8 peratus, berbanding 7.2 peratus pada Ogos.

Telur ayam menyumbang sebanyak 22.8 peratus kepada keseluruhan wajaran subkumpulan susu dan keju. - Gambar fail
Telur ayam menyumbang sebanyak 22.8 peratus kepada keseluruhan wajaran subkumpulan susu dan keju. - Gambar fail

Kenaikan perlahan bagi kumpulan makanan itu tambahnya, didorong komponen makanan di rumah yang meningkat dengan sederhana, iaitu 5.7 peratus, berbanding 6.4 peratus pada Ogos.

“Subkumpulan daging yang merangkumi ayam, daging lembu, babi, kambing, kerbau dan itik mencatatkan peningkatan lebih perlahan kepada 6.6 peratus September, berbanding 9.9 peratus pada Ogos.

“Ini disebabkan terutamanya oleh ayam yang merupakan komponen terbesar dalam subkumpulan ini yang mewakili 46.1 peratus, menunjukkan penyederhanaan kenaikan harga signifikan, iaitu 3.7 peratus berbanding 10.7 peratus pada Ogos,” katanya.

Walaupun kumpulan susu, keju dan telur mencatatkan peningkatan tertinggi sebanyak 8.8 peratus bulan lalu, Mustapa menjelaskan, ianya masih lebih perlahan, berbanding peningkatan 9.4 peratus pada Ogos.

Menurutnya, telur ayam yang menyumbang sebanyak 22.8 peratus kepada keseluruhan wajaran subkumpulan susu, keju dan telur turut menyederhana kepada 9 peratus, berbanding 12.6 peratus pada bulan sebelumnya.

“Subkumpulan sayur-sayuran juga mula menyederhana pada September lalu dengan catatan 6.3 peratus, berbanding 8.9 peratus bulan sebelumnya. Antara sayur-sayuran mencatatkan penurunan harga bulan ke bulan adalah tomato (-9.9 peratus), timun (-7.8 peratus) dan kacang buncis (-4.2 peratus).

“Selain sayuran, beberapa jenis ikan mengalami penurunan harga seperti ikan selayang (-3.4 peratus) dan ikan selar kuning (-1.2 peratus,” katanya.

Beliau berkata, harga maksimum minyak masak tulen kemasan botol pelbagai saiz, merekodkan penurunan berkuat kuasa 8 September hingga 7 Oktober dengan kandungan lima kilogram mencatat pengurangan terbesar, iaitu penurunan daripada RM34.70 kepada RM33.50.

“Kesan daripada inisiatif ini dapat dilihat dengan jelas melalui kenaikan yang kecil sebanyak 4.8 peratus bagi item minyak sebatian, berbanding 6.6 peratus pada Ogos lalu. (Harga siling runcit semasa minyak masak tulen kemasan botol lima kilogram yang ditetapkan bagi tempoh sehingga 7 November lalu adalah RM31.50),” ujarnya.

Jelasnya, pelaksanaan harga maksimum minyak sawit botol dan penetapan paras harga siling ayam yang diperkenalkan kerajaan, memberi impak positif dan melegakan pengguna, terutamanya golongan peniaga daripada menampung kos bahan mentah tinggi, sekali gus mengurangkan beban mereka.

Mustapa memberitahu, meskipun Parlimen dibubarkan, namun langkah mengekang kenaikan harga, terus dilaksanakan demi memastikan rakyat tidak terus terbeban dengan kenaikan harga barangan. - Getaran, 21 Oktober 2022

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

NCER Disasar Catat RM367.8 Bilion Pelaburan Direalisasi Menjelang 2030 - PM