Berita Terkini

17 minit yang lalu: KPKT lulus RM3.4 juta pulih projek perumahan terbengkalai di Terengganu 17 minit yang lalu: Lelaki cederakan bekas isteri kerana rebut anak bawa ke klinik didenda RM1,000 17 minit yang lalu: Yayasan di negara ini tidak harus bergantung kepada derma, perlu tingkat keupayaan dana melalui pelaburan dan perniagaan - PM 18 minit yang lalu: Teliti semula syarat tetapkan pemaju perumahan sedia rumah mampu milik - PM 18 minit yang lalu: Jaga disiplin, nama baik Malaysia ketika di Tanah Suci - Na'im

IKUTI KAMI


 Ericsson Mampu Lahirkan Tenaga Kerja Mahir 5G Untuk Malaysia

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2021 7:51AM

Gambar dari twitter David Hägerbro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia yang menyasarkan untuk melonjakkan transformasi digital menerusi pelancaran teknologi 5G, dijangka meraih manfaat menerusi pembabitan Ericsson yang dilabelkan sebagai peneraju dalam pasaran prasarana rangkaian 5G oleh firma perunding perniagaan Frost & Sullivan.

Presiden Ericsson bagi Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh, David Hagerbro berkata syarikat gergasi telekomunikasi Sweden itu juga berada dalam kedudukan baik serta bersedia membawa masuk penyelesaian utama bagi kelangsungan usaha mewujudkan tenaga kerja berkemahiran 5G untuk Malaysia.

Ini termasuk kerjasama Ericsson dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam penyelidikan, pembangunan dan inovasi bagi menyokong agenda Revolusi Perindustrian Ke-4 Malaysia menerusi Rangka Kerja 10-10 Inovasi dan Pembangunan Ekonomi Teknologi Sains Malaysia (MySTIE10-10), katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, adalah membanggakan apabila Ericsson berada di kedudukan teratas dalam pasaran prasarana rangkaian 5G menerusi senarai terkini Frost Radar™ yang merangkumi rangkaian akses radio (RAN), rangkaian teras dan pengangkutan.

Malah, pengiktirafan itu diumumkan kurang sebulan selepas Ericsson dinobatkan sebagai peneraju laporan ‘2021 Magic Quadrant for 5G Network Infrastructure for Communications Service Providers (CSPs) 2021’ oleh Gartner.

“Ericsson akan terus membuat pelaburan besar dalam 5G bagi memastikan kami mempunyai portfolio terbaik serta profesional mahir bagi menepati keperluan pelanggan.

“Ini akan memberi keyakinan kepada negara-negara yang telah menyasarkan kemudahan 5G, termasuk Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh,” katanya.

Penyenaraian Ericsson pada kedudukan teratas pasaran rangkaian prasarana 5G itu akan turut membolehkannya memanfaatkan kedudukan sebagai peneraju dalam pasaran infrastruktur 4G pada masa ini.

Syarikat berkenaan telah menjana semua generasi mobiliti di Malaysia seperti 2G, 3G, 4G dan terbaharu menjadi pihak pertama menjalankan ujian 5G di Malaysia bersama-sama dengan pelanggannya, Celcom Axiata.

“Di Ericsson, kami sentiasa membuat pelaburan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan bagi membangunkan produk penyelesaian terbaik yang ada kelebihan selain inovatif,” kata Hagerbro.

Ericsson mempunyai lebih 130 perjanjian komersial 5G dengan penyedia perkhidmatan komunikasi dan 83 rangkaian langsung 5G di serata dunia. - Bernama

Sorotan

1

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

2

Sam Rainsy Sudah Tinggalkan Malaysia – Wisma Putra

3

Bayi Lelaki Dihurung Semut Di Hentian Bas

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 6 jam yang lalu

Nilai Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS Dalam Sesi Awal Urus Niaga

Ekonomi 51 minit yang lalu

Kekayaan 50 Individu Terkaya Malaysia Dalam Senarai Forbes Meningkat Kepada AS$81.6 Bilion

Ekonomi 1 hari yang lalu

Dasar Fiskal Kerajaan, Belanjawan 2023 Buahkan Hasil, Pertumbuhan Ekonomi Memberangsangkan - PM

oleh Sophia Ahmad

Ekonomi 57 minit yang lalu

CelcomDigi Mulakan Program Integrasi, Modenkan Rangkaian Terbesar 4G