Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Ringgit Dijangka Dalam Aliran Menurun Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2022 1:07PM

Ringgit melepasi paras 4.57 apabila dolar AS terus mengukuh selepas kenaikan kadar faedah yang terbaru sebanyak 0.75 mata peratusan oleh bank pusat Amerika Syarikat untuk mengatasi inflasi yang kekal tinggi bagi tempoh 40 tahun. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ringgit dijangka berada dalam aliran menurun minggu depan kerana kenaikan kadar faedah yang agresif oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat baru-baru ini dan petunjuk bahawa kenaikan akan berlaku lagi akan terus menjejaskan mata wang, kata seorang penganalisis.

"Permintaan untuk aset selamat dijangka terus meningkat, ia memberi tekanan kepada mata wang pasaran pesat membangun terutamanya ringgit," katanya kepada Bernama.

Ringgit ditutup pada paras terendah dalam tempoh 24 tahun pada Jumaat, ia didagangkan pada 4.5775/5800 berbanding dolar AS daripada 4.5340/5365 ketika ditutup pada Khamis minggu lepas.

Ia melepasi paras 4.57 apabila dolar AS terus mengukuh selepas kenaikan kadar faedah yang terbaru sebanyak 0.75 mata peratusan oleh bank pusat Amerika Syarikat untuk mengatasi inflasi yang kekal tinggi bagi tempoh 40 tahun.

Harga minyak yang lebih rendah turut menjejaskan mata wang tempatan.

Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata apabila dolar mencapai paras baharu, perniagaan berorientasikan eksport akan meraih hasil kerana eksport mereka akan dilihat murah.

Minggu itu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kadar pertukaran ringgit yang fleksibel merupakan dasar penting dalam mengimbangi keperluan untuk menyerap kejutan luaran untuk menyokong aktiviti ekonomi domestik walaupun dalam keadaan pasaran kewangan dan kadar pertumbuhan ekonomi global yang tidak menentu.

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) akan sentiasa memastikan keadaan pasaran kewangan yang stabil dan lancar serta mengambil langkah proaktif untuk menyediakan kecairan yang mencukupi dan pasaran berdaya tahan bagi memastikan kestabilan ringgit.

Semalam, BNM berkata ia akan terus memantau dengan teliti dan memastikan keadaan pasaran kewangan yang teratur dalam persekitaran perkembangan luar yang telah membawa kepada kekuatan dolar AS yang berterusan berbanding hampir semua mata wang termasuk ringgit.

Bagaimanapun, BNM berkata bahawa pergerakan ringgit akan terus ditentukan pasaran dan pasaran pertukaran asing terus berfungsi dan menjadi pengantara dengan berkesan.

Bagi minggu yang baru berakhir, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding pound British kepada 5.0957/0985 daripada 5.2214/2242 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.4686/4710 daripada 4.5317/5342 minggu lepas.

Unit tempatan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.2130/2152 daripada 3.2238/2261 bagaimanapun merosot berbanding yen Jepun kepada 3.2091/2113 daripad 3.1647/1666 sebelumnya. - Bernama

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM