web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenaikan OPR, Kerajaan Tidak Masuk Campur - Zafrul

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 4:16PM

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA SELANGOR - Kerajaan tidak masuk campur akan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) negara kerana ia ditentukan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata OPR ini adalah di bawah Akta Bank Negara 2009 dan kerajaan tidak campur tangan dalam urusan berkaitannya.

“Ramai mengatakan kerajaan lebih utamakan pihak bank (naikkan OPR), OPR ini bukan kerajaan yang buat keputusan, kerajaan tidak masuk campur soal ini (OPR). Itu harus diperbetulkan.

“Kenaikan OPR itu juga tidak kayakan bank kerana mereka juga perlu membayar kaedah faedah lebih tinggi kepada pendeposit,” kata Tengku Zafrul kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Usahawan dan Koperasi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi 2022 di sini hari ini.

Tengku Zafrul berkata OPR negara kini berada pada tahap 2.5 peratus dengan Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaikkan 75 mata asas sejak Januari lepas.

“Perlu bandingkan dengan OPR negara-negara lain, negara lain naik lebih 225 mata asas tetapi kita masih di tahap 2.5 peratus. Adakah ini tinggi, saya rasa kalau berbanding dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh pada separuh tahun pertama sebanyak 6.9 peratus dan suku kedua adalah 8.9 peratus.

"Harus juga ingat OPR negara sebelum pandemik COVID-19 adalah sekurang-kurangnya tiga peratus sejak 2013. Jadi, masih rendah dan dasar monetari masih lagi akomodatif," jelasnya.

Sementara itu dalam ucapannya, Tengku Zafrul yakin ekonomi Malaysia mampu mencapai unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) rasmi 2022, iaitu di antara 5.3 peratus dan 6.3 peratus.

“Perkembangan suku kedua yang memberangsangkan ini disumbang oleh inisiatif Bajet 2022, pakej-pakej bantuan dan rangsangan ekonomi, Bajet 2021, serta dasar monetari yang berhemat," tambahnya.

Selain itu, petunjuk-petunjuk ekonomi terkini turut memberikan gambaran bahawa pemulihan ekonomi negara semakin baik, memberikan indikator yang positif kepada segmen perniagaan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan koperasi, katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan