web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AirAsia Jangka Operasi Malaysia-Singapura Pulih Sepenuhnya Menjelang Suku Pertama 2023

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2022 3:06PM

AirAsia menjangkakan operasi Malaysia-Singapura akan pulih sepenuhnya menjelang suku pertama 2023. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - AirAsia menjangka operasinya bagi Malaysia-Singapura akan pulih sepenuhnya menjelang suku pertama 2023 berikutan perkhidmatannya yang kembali beroperasi di Terminal 4 (T4) Lapangan Terbang Changi yang terkini dan automatik sepenuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Riad Asmat berkata syarikat penerbangan itu menyasarkan untuk kembali pulih kepada 80 peratus daripada tahap sebelum pandemik menjelang Disember 2022, dengan 20 penerbangan harian berbanding 15 penerbangan semasa pada setiap hari.

“Memandangkan kekangan dari segi jumlah pesawat dan cabaran bagi keupayaan penyelenggaraan serta pembaikan dan baik pulih (MRO) di Malaysia untuk mendapatkan pesawat yang diservis, keutamaan kami adalah untuk menjadikan pesawat itu layak terbang dan (memastikan) keselamatan penumpang.

“Pada masa ini, kami perlu menggunakan pesawat ini untuk memenuhi permintaan semasa dan kami melakukannya dengan begitu berhati-hati,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas majlis meraikan penyambungan semula operasi AirAsia di T4 hari ini.

Sebagai menandakan penyambungan semula operasi AirAsia di T4, penerbangan AK703 dari Kuala Lumpur tiba pada 8.25 pagi waktu tempatan.

Sejak dilanda pandemik, syarikat penerbangan itu beroperasi di Terminal 1 Lapangan terbang Changi.

Mengenai rancangan pengembangan, kumpulan akan memperuntukkan pesawat baharu yang telah ditempahnya mengikut permintaan dan keperluan di seluruh operasi kumpulan, kata Riad sambil menambah, cadangan untuk meluaskan operasinya di Indonesia dan Filipina sedang dibincangkan, termasuk di Malaysia.

Beliau berkata, pada masa ini sebanyak 90 pesawat digunakan bagi memenuhi permintaan di Malaysia.

“Berdasarkan permintaan dan situasi semasa, mempunyai 90 pesawat lebih daripada cukup, sekurang-kurangnya untuk setahun lagi,” menurut Riad.

Penumpang AirAsia menyumbang lebih satu perlapan daripada jumlah keseluruhan penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Changi.

Pengoperasian semula AirAsia di T4 akan memberi peluang kepada syarikat penerbangan AirAsia untuk menambah lebih banyak perkhidmatan bagi memenuhi permintaan yang kukuh, sekali gus membolehkannya pulih sepenuhnya ke tahap sebelum pandemik dalam masa terdekat.

Bagi meraikan pengoperasian semula di T4, AirAsia menawarkan penerbangan dari Singapura ke banyak destinasi terkenal termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Langkawi, Miri, Bangkok dan Phuket dengan tambang asas bermula daripada  SGD38.

Tetamu juga boleh menaiki penerbangan melalui Kuala Lumpur dan Bangkok untuk mengunjungi banyak destinasi menarik seperti Nha Trang, Kuala Terengganu, Chiang Mai, Trichy dan banyak lagi. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ