web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


HSBC Semak Semula KDNK Malaysia Kepada 5.7 Peratus Tahun Ini

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2021 5:27PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - HSBC Group menyemak semula unjurannya ke atas pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia bagi 2021 kepada 5.7 peratus daripada 6.7 peratus yang diunjurkan pada awal tahun ini.

Ketua ahli ekonomi HSBC bagi pasaran ASEAN Joseph Incalcaterra berkata penurunan semakan itu  berkaitan dengan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan pada Januari bagi mengawal gelombang ketiga pandemik COVID-19.

“Pandemik pada awal tahun ini memberi kesan kepada peningkatan prospek pertumbuhan. Kami terpaksa menurunkan sedikit jangkaan KDNK kepada 5.7 peratus tahun ini yang sedikit di bawah unjuran kerajaan,” katanya semasa taklimat media secara maya mengenai HSBC ASEAN Outlook 2021 hari ini.

Bagaimanapun, Joseph masih yakin dengan prospek pemulihan ekonomi negara tahun ini, disokong oleh data eksport yang kukuh, komitmen pelaburan langsung asing dan strategi vaksinasi.

“Saya berpendapat fokus utama adalah momentum pertumbuhan semula pada suku kedua memandangkan PKP telah berakhir, jadi kita seharusnya menyaksikan momentum yang kukuh bagi suku tersebut.

“Apa yang akan difokuskan oleh pelabur adalah kemungkinan besar pilihan raya, ia selalunya menjadi panduan pelabur, dan terutamanya pelabur bon akan memberi tumpuan kepada trajektori konsolidasi fiskal masa depan sekiranya kerajaan akan meningkatkan asas pendapatan dan memulihkan kembali trend hutang KDNK kepada 55 peratus,” katanya lagi.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) baru-baru ini telah mengunjurkan  pertumbuhan Malaysia pulih kembali kepada 6.5 peratus pada 2021, didorong oleh pemulihan kukuh sektor pembuatan dan pembinaan serta kesan pelaksanaan vaksinasi pada Februari.

IMF juga menjangkakan kadar pengangguran negara akan susut kepada 3.8 peratus tahun ini sebelum turun lagi kepada 3.6 peratus pada 2022, berbanding 4.5 peratus pada 2020. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 4 tahun yang lalu

HSBC Jangka Malaysia Catat Pertumbuhan KDNK 5.6 Peratus Tahun Ini

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori