web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terkesan Kenaikan Harga Bahan Binaan, Hampir 50,000 Kontraktor Melayu 'Gulung Tikar'

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 7:59PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Hampir 50,000 kontraktor Melayu terpaksa gulung tikar kerana tidak dapat memperbaharui lesen atas pelbagai faktor terutama akibat terkesan dengan kenaikan ketara harga bahan binaan sejak 2018.

Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM),  Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz, berkata kekurangan projek susulan situasi pandemik COVID-19 juga menjejaskan kebanyakan kontraktor daripada kelas G1 hingga G4.

"Antara faktor yang menyebabkan mereka tidak boleh memperbaharui lesen adalah kerana tidak mempunyai baki akaun modal yang mencukupi mengikut kelas kontraktor masing-masing,”  katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PKMM Negeri Kelantan kali ke-45, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Rosdi, yang juga Yang Dipertua PKMM Kelantan, berharap supaya kerajaan sentiasa melakukan pemantauan berhubung peningkatan harga bahan binaan serta membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi kontraktor Melayu ketika ini.

Beliau berkata rata-rata kontraktor ini tidak mampu menceburi bidang lain kerana kekurangan modal dan juga terpaksa menanggung hutang bank.

"Oleh itu, kita minta supaya kerajaan membuat pemantauan yang lebih kerap dan mengadakan perjumpaan dengan pihak pengeluar untuk melihat faktor sebenar berlaku peningkatan harga barang ini,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ