Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Rafidah Letak Jawatan Pengerusi AirAsia X, ‘Saya Perlu’…

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2022 7:11PM

Rafidah Aziz - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan jarak sederhana dan jarak jauh AirAsia X (AAX) hari ini mengesahkan peletakan jawatan Tan Sri Rafidah Aziz sebagai pengerusinya berkuatkuasa 1 Julai ini.

Menerusi kenyataan kepada media, syarikat itu memaklumkan, Rafidah turut meletak jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan serta Jawatankuasa Pengurusan Risiko Lembaga Pengarah dan Lembaga Semakan Keselamatan Syarikat.

Rafidah, 78, dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah pada 3 Mac 2011 dan dilantik semula sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Kanan selepas penyenaraian syarikat itu pada 10 Julai 2013.

“Saya bakal berusia 79 tahun pada tahun ini dan sudah berkhidmat sebagai Pengarah Bebas mengikut penggal ditetapkan.

“Saya perlu mematuhi perubahan status daripada seorang ahli Lembaga Pengarah Bebas kepada Bukan Bebas, termasuk memenuhi keperluan lain untuk jawatan tersebut.

“Oleh itu, saya memutuskan untuk meletakkan jawatan saya sebagai Pengerusi AAX berkuat kuasa mulai 1 Julai,” katanya menerusi kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd dan Pengasas AAX, Tan Sri Tony Fernandes menyifatkan Rafidah sebagai tulang belakangnya dari awal hingga pengembangan AirAsia.

“Dan yang penting, beliau juga adalah seorang sahabat dan mentor. Beliau sentiasa memberikan semangat dan berkongsi pendapatnya secara jujur.

“Walaupun kini bersara, beliau akan sentiasa menjadi sebahagian daripada keluarga besar AirAsia dan kepimpinan beliau akan terus menjadi inspirasi buat kami semua.

“Kami pasti akan terus meminta pandangan dan bimbingan beliau untuk meneruskan perjalanan kami ke peringkat seterusnya,” katanya.

Rafidah memegang Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Ekonomi dan Ijazah Sarjana bidang sama dari Universiti Malaya (UM).

Antara anugerah dan pencapaian beliau termasuklah memegang jawatan sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia paling lama berkhidmat, iaitu selama 21 tahun dari 1987 hingga 2008.

Sementara itu, dalam makluman berasingan, AirAsia X memaklumkan syarikat berkenaan melantik Tunku Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin, 63, sebagai pengarah bebas bukan eksekutif berkuat kuasa semalam.

Beliau juga dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Risiko, selain anggota Jawatankuasa Audit.

Tunku Mahmood ketika ini adalah pengerusi Deutsche Bank (M) Bhd dan Hong Leong MSIG Takaful Bhd.

Beliau juga adalah Ahli Lembaga Pengarah Hong Leong Assurance Bhd dan Hong Leong Asset Management Bhd.

Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Pengarah Bebas Kanan Telekom Malaysia Bhd (TM), Pengerusi VADS Bhd, selain Ahli Lembaga Pengarah Malaysia Airports Holdings Bhd, Hong Leong Islamic Bank Bhd, Pos Malaysia Bhd, Sapura Kencana Petroleum Bhd/Kencana Petroleum Bhd, Ethos Capital One Sdn Bhd, Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia, Energy Africa Ltd serta Engen Ltd di Afrika Selatan. - Getaran, 28 Jun 2022

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 17 jam yang lalu

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM