Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hanya 5 Peratus Daripada 200,000 Syarikat Industri Halal Miliki Sijil JAKIM

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2022 6:22PM

Hairol Ariffien Sahari - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG - Hanya lima peratus atau 10,000 daripada 200,000 syarikat yang terbabit dalam industri berkaitan halal memiliki sijil perakuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HDC, Hairol Ariffien Sahari berkata, daripada jumlah itu, hanya 3,000 syarikat berupaya menembusi pasar raya utama tempatan di negara ini dan antarabangsa untuk memasarkan produk. 

Jelasnya, syarikat yang memperoleh pensijilan halal itu membabitkan perniagaan milik pengusaha muslim dan bukan Islam.

Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa majoriti syarikat multinasional atau pengusaha dimiliki bukan Islam itu mampu memperoleh pensijilan hahal, selain memasarkan produk secara mudah serta meluas kerana diberikan keistimewaan.

Katanya, tiada perbezaan syarat mahupun piawaian yang ditetapkan JAKIM bagi melayakkan sesebuah syarikat mendapatkan status halal, sama ada perniagaan itu dimiliki pengusaha Islam atau sebaliknya. 

“Tiada istilah berkenaan kerana kriteria atau prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan JAKIM adalah sama demi menjamin kebersihannya, dari segi nutrisi kepada pengguna dan memastikan produk dipasarkan itu benar-benar halal.

“Tidak kisah pengusaha mahupun syarikat, sama ada Islam atau bukan Islam, syarat sama, mereka perlu patuhi SOP ditetapkan untuk dapatkan sijil halal,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Kempen Jadikan Halal Pilihan Utama Anda bersama LOTUS'S Malaysia di Pasar Raya Lotus’s di sini, hari ini.  

Hairol Ariffien (kanan) dan Rosol Wahid (tengah) pada Majlis Pelancaran Kempen Jadikan Halal Pilihan Utama Anda bersama LOTUS'S Malaysia di Pasar Raya Lotus’s, hari ini. - Gambar oleh Alif Omar
Hairol Ariffien (kanan) dan Rosol Wahid (tengah) pada Majlis Pelancaran Kempen Jadikan Halal Pilihan Utama Anda bersama LOTUS'S Malaysia di Pasar Raya Lotus’s, hari ini. - Gambar oleh Alif Omar

Majlis itu dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid. 

Hairol Ariffein berkata, negara mempunyai tahap piawaian dan standard pematuhan syariah halal di Malaysia yang sudah melangkah jauh ke peringkat antarabangsa, sehingga diperakui kepakaran serta pengalamannya.

Lantaran itu, katanya, HDC sebagai pemudah cara akan menggalakkan industri, khususnya usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menyertai ekonomi halal bagi meningkatkan produktiviti barangan eksport ke luar negara. 

Menurut beliau, pihaknya juga akan berusaha sebaiknya bagi menarik lebih banyak pelaburan di kawasan industri halal negara agar produk tempatan mampu diperluaskan sehingga ke persada dunia. 

“HDC juga akan meningkatkan peluang pekerjaan berkualiti kepada rakyat Malaysia, khususnya berkaitan industri halal. Kita akan bantu syarikat atau peniaga tempatan untuk jadi pengeksport berjaya mahupun mampu menjual produk di pasar raya. 

“Sekiranya kita berupaya bekerjasama dengan LOTUS’S untuk kita menempatkan produk IKS dan mampu menggunakan platform pasar raya tersebut bagi memasarkan barangan tempatan ke luar negara, itu sasaran kita,” katanya. 

Sementara itu, Presiden LOTUS’S Malaysia, Kenneth Chuah Jin Kiat berkata, pihaknya bersetuju bekerjasama dengan HDC untuk program kempen berkenaan demi meningkatkan kebolehpasaran produk halal negara.

Kempen tersebut juga, katanya, sebagai inisiatif bagi menarik minat dan menggalakkan pengguna untuk memilih produk tempatan halal berkualiti serta berpatutan dihasilkan pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). 

Jin Kiat berkata, beliau yakin terhadap keupayaan dan kualiti pengeluar PKS tempatan kerana 90 peratus daripada 30,000 produk berjenama LOTUS'S diperolehi serta dihasilkan secara tempatan yang diperakui sijil halal sepenuhnya.

“Halal bukan sekadar syarat makanan Islam tetapi juga sinonim kepada pernyataan kualiti. Dalam persekitaran runcit dinamik ini yang sangat bergantung pada pilihan pengguna, kualiti dan kemampuan menjadi faktor utama mempengaruhi pembelian mereka. 

“LOTUS’S juga memahami tanggungjawabnya dalam memastikan PKS tempatan yang menjadi tonggak penting pertumbuhan ekonomi negara dapat berkembang dan bertahan,” katanya. 

Selain berperanan menyenaraikan produk PKS, Jin Kiat berkata, pihaknya turut bekerjasama rapat dengan industri pembangunan produk, strategi harga dan pemasaran serta penambahbaikan pembungkusan produk.

“Sebagai sokongan kepada kempen terbabit, LOTUS’S turut menjalankan inisiatif seperti tawaran produk, komunikasi dalam stor, promosi menerusi platform media dan sampel produk. 

“Langkah ini dilaksanakan untuk menggalakkan pelanggan membeli-belah di stor LOTUS’S atau secara dalam talian untuk memperoleh pelbagai rangkaian produk halal,” katanya. 

Dalam pada itu, walaupun LOTUS’S terus menjadi platform bagi PKS memajukan perniagaan, Jin Kiat menegaskan pentingnya untuk pengeluar tempatan melengkapkan diri dengan kemahiran dan keupayaan menghasilkan produk berkualiti serta kompetitif.

“Pengusaha harus lakukan tindakan tersebut untuk membantu diri mereka membina semula dan mengekalkan perniagaan selepas kesan pandemik COVID-19,” katanya.

Rosol ketika berucap pada program itu berkata, lebih 71 peratus pengusaha yang memperoleh sijil halal di negara ini adalah golongan bukan Islam.

Data itu, katanya, adalah sesuatu yang membanggakan kerana ia menunjukkan bahawa produk halal bukan sahaja digemari umat Islam, tetapi semua peringkat masyarakat.

“Halal ini bukan dari segi makanan sahaja, namun pakaian atau sumber untuk kita jadikan ia sebagai pendapatan,” katanya. - Getaran, 23 Jun 2022.

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini