web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


IHP Turun 0.2 Peratus Pada Januari 2021

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Feb 2021 1:58PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia turun 0.2 peratus pada bulan Januari 2021 kepada 122.1 berbanding 122.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata penurunan IHP keseluruhan ini adalah disebabkan oleh kemerostan dalam indeks Pengangkutan (-5.1 peratus); Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain (-0.7 peratus); Pakaian dan Kasut (-0.4 peratus) dan Restoran dan Hotel (- 0.1 peratus) yang menyumbang 44.5 peratus kepada keseluruhan wajaran.

"Daripada 552 item yang diliputi dalam IHP, 340 item menunjukkan peningkatan pada Januari 2021 berbanding Januari 2020 sementara 138 item mencatatkan penurunan dan 74 item tidak berubah,'' katanya.

Berdasarkan prestasi 552 item mengikut kategori barangan dan perkhidmatan, Barang Tidak Tahan Lama (296 item) adalah kategori paling banyak mengalami kenaikan harga iaitu 208 item sementara harga untuk 71 item menurun dan 17 item tidak berubah.

Bagaimanapun, Mohd Uzir berkata Makanan & Minuman Bukan Alkohol meningkat 1.5 peratus kepada 136.1 berbanding 134.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menyumbang 29.5 peratus daripada keseluruhan wajaran IHP.

Selain itu, Pelbagai Barangan & Perkhidmatan turut menunjukkan peningkatan 1.8 peratus dan diikuti Minuman Alkohol dan Tembakau (0.7 peratus); Kesihatan (0.7 peratus); Hiasan, Perkakasan dan Penyelenggaraaan Isi Rumah (0.2 peratus) dan Pendidikan (0.2 peratus).

"IHP tanpa bahan api meningkat 0.5 peratus pada Januari 2021 kepada 113.6 berbanding 112.8 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. IHP tanpa bahan api adalah meliputi semua barang dan perkhidmatan kecuali Petrol Tanpa Plumbum RON95, Petrol Tanpa Plumbum RON97 dan Diesel," jelas beliau.

Purata harga  RON95 menunjukkan penurunan pada Januari 2021 iaitu RM1.87 per liter berbanding RM2.08 pada Januari 2020.

Di samping itu, purata harga RON97 menurun kepada RM2.17 per liter berbanding RM2.58 manakala purata harga diesel susut kepada RM2.04 per liter berbanding RM2.18 pada bulan yang sama tahun sebelumnya

Indeks teras meningkat 0.7 peratus pada Januari 2021 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Antara kumpulan utama yang bertindak sebagai pendorong kepada kenaikan ini adalah kumpulan Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan (1.8 peratus); Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (1.2 peratus); Kesihatan (0.7 peratus); Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain (0.5 peratus); Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraaan Isi Rumah (0.2 peratus) dan Pendidikan (0.2 peratus).

Indeks teras meliputi barangan tidak termasuk item makanan segar dengan harga paling tidak menentu serta barangan dan perkhidmatan harga dikawal.

Walaupun perubahan IHP tahunan menurun, perubahan IHP bulanan meningkat 1.2 peratus berbanding Disember 2020.

Peningkatan ini telah disumbangkan oleh Pengangkutan (3.7 peratus); Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain (2.6 peratus); Hiasan, Perkakasan dan Penyelenggaraan Isi Rumah (0.3 peratus) dan Makanan & Minuman Bukan Alkohol (0.2 peratus).

Menurut Jabatan Perangkaan, lima negeri iaitu Terengganu (0.3 peratus), Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (0.2 peratus), Kelantan (0.2 peratus),  Kuala Lumpur (0.1 peratus) dan Pahang (0.1 peratus) menunjukkan peningkatan melepasi paras IHP nasional -0.2 peratus pada Januari 2021 berbanding Januari 2020.

Kesemua negeri kecuali Sabah dan Labuan mencatatkan peningkatan bagi indeks kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol.

Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Pahang iaitu 2.4 peratus, diikuti oleh Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.2 peratus), Terengganu (2.0 peratus), Kelantan (1.8 peratus), Perak (1.6 peratus) dan Negeri Sembilan (1.6 peratus). - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori