web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Untung Bersih Petronas Gas Suku Ke-2, RM439 juta

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2021 4:31PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keuntungan bersih Petronas Gas Bhd (PetGas) susut kepada RM439.07 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2021, daripada RM547.10 juta pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Kumpulan itu berkata pendapatan yang lebih rendah pada suku tersebut disebabkan oleh kos operasi yang lebih tinggi daripada segmen pemprosesan gas, pengangkutan gas dan regasifikasi berkaitan dengan penyusutan, penyelenggaraan, dan penggunaan gas dalam negeri.

"Ini diimbangi oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada segmen utiliti ekoran pengukuhan margin dan kos operasi yang lebih rendah, terutamanya gas bahan bakar," kata PetGas dalam maklumannya kepada bursa saham di Bursa Malaysia hari ini.

Hasil PetGas untuk suku berkenaan juga menurun menjadi RM1.38 bilion daripada RM1.40 bilion tahun ke tahun, terutamanya disebabkan oleh penurunan pendapatan daripada segmen utiliti, sejajar dengan harga produk yang lebih rendah walapun jumlah penjualan adalah lebih tinggi.

Pada 30 Jun, 2021, jumlah aset kumpulan meningkat 1.2 peratus kepada RM18.6 bilion.

Jumlah liabiliti untuk tempoh tersebut menokok sebanyak 2.0 peratus atau RM108.3 juta, berikutan pengeluaran daripada kemudahan pembiayaan Islam baharu yang diperoleh pada tahun berkenaan tetapi diimbangi oleh penyelesaian pembayaran perdagangan dan lain-lain.

Melangkah ke depan, kumpulan itu berkata prestasinya pada tahun 2021 dijangka dapat bertahan walaupun dalam keadaan pandemik yang masih berlangsung kerana model perniagaan dan kontrak jangka panjangnya mampu memastikan aliran pendapatan yang stabil, terutama untuk segmen perniagaan pemprosesan gas, pengangkutan gas dan regasifikasi. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori