web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Afdlin Shauki Bakal Bersidang Dengan ADUN Pelawak Dalam Sidang Perlimen Malaysia!

Program lawak 10 episod bertajuk 'Sidang Perlimen Malaysia – Nak Buka Ke, Tak Buka Ni?' ini akan yang ditayangkan di saluran YouTube, shaukitv.Com serta laman Facebook, Afdlin Shauki.

Budaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2021 8:41AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam suasana pergolakan politik yang tidak menentu serta kehidupan sebahagian rakyat yang semakin tertekan akibat kesukaran untuk meneruskan kelangsungan hidup, sesuatu harus dan perlu dilakukan untuk mengembalikan semula semangat dan keceriaan hidup kita semua. 

Menyedari hakikat ini, Datuk Afdlin Shauki telah terpanggil untuk menerbitkan sebuah program lawak bertajuk 'Sidang Perlimen Malaysia – Nak Buka Ke, Tak Buka Ni?' yang bakal ditayangkan di saluran YouTube, shaukitv.com serta laman Facebook, Afdlin Shauki. 

Program lawak 'Sidang Perlimen Malaysia – Nak Buka Ke, Tak Buka Ni?' yang berdurasi satu jam serta bakal diterbitkan sebanyak 10 episod ini mengetengahkan beberapa pelawak yang memegang watak sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). 

Ketika dihubungi portal Getaran, Afdlin Shauki berkata, idea untuk menghasilkan program ini sebenarnya tercetus secara tidak sengaja, kira-kira dua minggu yang lalu. 

“Melihat keadaan semasa yang berlaku hari ini, saya rasa sesuatu perlu dilakukan untuk menghiburkan diri kita dan orang di luar sana. 

“Semua orang berada dalam keadaan yang tertekan. Setidak-tidaknya, mereka boleh ‘layan’ dan mengisi masa mereka dengan menonton program ini,” kata produser, pengarah, pelakon dan pelawak tersebut. 

Menurutnya Afdlin Shauki, program ini adalah satu platform yang digunakan untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap isu semasa yang berlaku di dalam negara pada masa ini. 

“Pada saya, semua orang punya tempat untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka. Kita juga perlukan ‘tempat’ kita. Cuma pendekatan kita adalah kita akan kupas sesuatu isu semasa itu dengan cara lawak yang bersifat perli atau sinis. 

“Sebab itulah program ini dinamakan Sidang Perlimen Malaysia. Oleh kerana kebanyakan pelawak ini pun ada yang melalut, saya tidak galakkan ia ditonton kanak-kanak,” katanya sambal tertawa. 

Jelas Afdlin Shauki lagi, buat masa ini kita telah pun menyiapkan episod pertama program ini dengan menggunakan aplikasi Zoom.

“Kita masih belum tentukan bila episod pertama ini akan disiarkan. Mungkin, kita akan pilih untuk menyiarkannya setiap hari Jumaat.  

“Untuk episod pertama ini kita terpaksa melakukannya secara rakaman dahulu kerana perlu memastikan flow program ini dengan betul serta memantau persembahan pelawak-pelawak ini. 

“Lagipun bukan senang nak melakukan koordinasi dengan semua pelawak-pelawak ini. Ada masih terkial-kial nak guna aplikasi Zoom. Maklumlah, ramai yang buta IT. 

“Bila semuanya okey, baru kita confident untuk buat program ini secara live. Sebenarnya kita memang confident nak buat secara live, tapi ia harus dilakukan dengan betul,” katanya lagi. 

Antara pelawak yang bakal ditampilkan dalam episod pertama ini adalah Nizam Jentik-Jentik, Prakash serta Rashid Salleh. Namun, tempat pelawak-pelawak ini akan setiasa bertukar ganti pada episod-episod seterusnya mengikut kesesuaian waktu mereka. 

Program lawak 'Sidang Perlimen Malaysia – Nak Buka Ke, Tak Buka Ni?' ini juga akan digunakan untuk memaklumkan tentang perkembangan terkini orang-orang seni yang sedang susah dan gerakan-gerakan yang turut membantu orang-orang seni ini. - Getaran, 15 Julai 2021

Gambar Poster: Ihsan Afdlin Shauki 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN