web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bangkitkan Semangat Patriotik Anda Bersama MPO

Orkestra Filharmonik Malaysia (Malaysian Philharmonic Orchestra - MPO) persembahkan siri konsert digital yang bertajuk MPO Patriotism Series menerusi karya-karya lagu patriotik dan lagu rakyat tempatan yang cukup ikonik.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2021 2:53PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi meraikan sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia pada tahun ini, Orkestra Filharmonik Malaysia (Malaysian Philharmonic Orchestra- MPO) telah mengambil inisiatif untuk mempersembahkan siri konsert digital yang bertajuk MPO Patriotism Series. 

Siri yang mengandungi tujuh buah video ini disiarkan secara berkala dan percuma. Ia telah pun ditayangkan di saluran YouTube MPO iaitu MPO TV sejak 31 Ogos dan akan berterusan sehingga 16 September ini.

Menerusi siri konsert digital yang dipimpin konduktor Ahmad Muriz Che Rose ini, MPO telah memberi penghormatan dengan memilih beberapa karya lagu patriotik dan lagu rakyat tempatan yang cukup ikonik untuk dipersembahkan dalam susunan muzik orkestra simfoni yang tiada tandingannya.

Mengulas mengenai kempen siri konsert digital ini, Ahmad Muriz Che Rose berkata, inisiatif itu dilakukan sebagai suatu penghargaan kepada karya-karya lagu patriotik dan lagu rakyat sambil menyampaikan ekspresi sentimen patriotik, dipersembahan di dalam bentuk orkestra. 

“Saya rasa amat berbesar hati dapat mengetuai dan mempersembahkan karya-karya patriotik ikonik dan terkenal ciptaan komposer-komposer legenda tempatan yang telah membentuk melodi patriotik selama ini,” katanya. 

Siri video konsert digital pertama ini menyaksikan pemuzik-pemuzik MPO dan juga Orkestra Filharmonik Remaja Malaysia (Malaysian Philharmonic Youth Orchestra – MPYO) memberikan nafas simfonik baharu kepada karya 'Tanggal 31 Ogos' yang ditulis dan dinyanyikan Allahyarham Ahmad C.B. dan dipopularkan semula penghibur Sudirman Hj Arshad.

Manakala, pemuzik-pemuzik MPO pula mempersembahkan karya lagu kebangsaan 'Negaraku' ciptaan Allahyarham Saiful Bahri serta 'Bahtera Merdeka' (Allahyarham Kassim Masdor).

Karya-karya lain yang akan dipersembahkan pada minggu-minggu berikutnya adalah Cindai hasil karya Allahyarham Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah, Warisan (Allahyarham Syed Haron Ahmad), Tanah Pusaka (Tan Sri Ahmad Merican), Puteri Santubong (Tuan Haji Madzhi Johari) dan Prihatin Malaysia (Dato’ Mokhzani Ismail).

Setiap karya yang dipersembahkan turut disertakan dengan pesanan dan komentari mengenai karya-karya tersebut daripada tokoh-tokoh terkenal industri muzik tempatan, penulis lirik serta penyanyi terkenal tanah air. 

Bagi menyalakan terus semangat patriotisme dalam diri kita sebagai rakyat Malaysia, saksikan siri konsert digital yang bertajuk MPO Patriotism Series in MPO TV! - Getaran, 2 September 2021

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN