web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


10 Cara Merawat Selulit di Rumah

Benar, belum ada cara untuk menghapuskan selulit sepenuhnya. Tapi ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan di rumah untuk mengurangkan penampilannya.

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2021 8:45AM

Gambar: Pexels

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selulit memang menjengkelkan lebih-lebih lagi untuk kaum wanita. Makin bertambah selulit di badan, makin kusut fikiran dibuatnya. 

Apa tidaknya selulit membuatkan rupa kulit kelihatan berlekuk-lekuk dan berketul-ketul terutamanya di bahagian punggung, perut dan paha. Biarpun selulit boleh disembunyikan dengan pakaian, namun setiap kali berdiri di hadapan cermin, ia tetap mengundang rasa kurang senang.

Jadi bagaimana cara untuk merawat selulit ini? Lawan sesawang https://hellodoktor.com/ dan https://www.healthline.com/ menyarankan tip berikut untuk menyingkirkan selulit secara semula jadi di rumah. 

Memang ada rawatan kecantikan yang boleh dilakukan seperti rawatan laser, namun dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang masih berkuatkuasa, pusat rawatan kecantikan tidak dibenarkan beroperasi. Lagipun, mahukan anda mengambil risiko mendapat jangkitan virus COVID-19?

Ikuti tip berikut, sekurang-kurangnya ia boleh membantu mengurangkan penampilan kulit yang tidak sekata ini. Tetapi, anda harus ingat, tiada rawatan yang benar-benar boleh menyingkirkan selulit secara efektif. 

1) Ambil suplemen kolagen peptida bioaktif

Dalam satu kajian yang dimuatkan dalam Journal of Medicinal Food pada 2015 mendapati wanita yang mengambil kolagen peptida bioaktif menunjukkan kesan pengurangan selulit berbanding wanita yang tidak mengambilnya. 

Dalam kajian tersebut, peserta mengambil suplemen pada setiap hari selama enam bulan. Secara keseluruhan, terdapat penurunan selulit pada paha mereka. Perbezaan ini dilihat pada kedua-dua wanita dengan berat badan sederhana dan lebih berat. Hasilnya, mereka yang mempunyai berat badan sederhana mengalami peningkatan paling banyak.

Bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan untuk menyokong peranan suplemen dalam mengurangkan penampilan selulit.

2) Urutan

Ia berdasarkan idea mengurut pada bahagian yang bermasalah untuk meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan penahanan air dalam badan. Ia mungkin dapat memberikan keadaan pinggul dan punggung yang lebih baik.

Gambar: Frank Barning, Pexels
Gambar: Frank Barning, Pexels

3) Minum banyak air

Minum lebih banyak air merupakan antara pilihan rawatan yang mudah untuk dilakukan yang dapat membantu mengatasi masalah selulit. Ia bukan sahaja akan membantu mengekalkan hidrasi pada badan, tetapi air juga membantu menyingkirkan toksin yang cenderung menyebabkan pengumpulan lemak. Air juga membantu menggalakkan peredaran dan aliran limfa.

4) Manfaatkan buah tomato

Buah yang kaya akan antioksidan ini juga bermanfaat sebagai cara menghilangkan selulit secara semula jadi. Tomato juga mampu memberi nutrisi kepada kulit yang mengalami masalah selulit sehingga boleh tampil lebih sihat dan licin. 

Caranya, belah dua buah tomato lalu gosokkan ke bahagian kulit yang berselulit. Anda juga boleh lakukannya sambil membuat urutan lembut. Gunakan cara ini sebelum mandi, lalu bilas ketika mandi. Lakukan secara rutin untuk hasil terbaik. 

Gambar: Pixabay, Pexels
Gambar: Pixabay, Pexels

5) Gunakan pelembap semula jadi

Penggunaan produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia boleh menambah toksin ke dalam kulit, jadi lebih baik gunakan pilihan semula jadi untuk penjagaan kulit dan pelembap. Cuba minyak kelapa kerana ia berfungsi sebagai pelembap serba guna.

6) Ambil suplemen Omega-3

Terdapat beberapa bukti pengambilan asid lemak Omega-3 dan vitamin larut lemak yang mencukupi akan membantu mengurangkan selulit dari semasa ke semasa. Selain itu, Omega-3 dan vitamin larut lemak penting untuk banyak fungsi lain dalam badan.

7) Buat lulur kopi

Lulur kopi juga bermanfaat untuk mengurangkan selulit. Urutan dan pengelupasan memberikan manfaat pada kulit dengan merangsang aliran darah/ limfa dan kafein di dalam kopi membantu menegangkan kulit.

Gambar: Monstera, Pexels
Gambar: Monstera, Pexels

8) Menyeimbangkan hormon

Banyak sumber bersetuju bahawa hormon memainkan peranan besar dalam pembentukan selulit dan keseimbangan hormon yang betul dapat membantu mengurangkan selulit. Walaupun ia tidak menghilangkan selulit sepenuhnya, keseimbangan hormon membantu dalam banyak cara lain!

9) Lakukan senaman secara rutin

Sesetengah senaman kaki dan glute boleh membantu mengetatkan kulit pada sekitar kawasan paha. Ia juga membantu mengurangkan masalah pada kulit ini. Senaman tidak akan menghilangkan masalah ini tetapi ia menjadikan otot lebih kuat dan kulit lebih anjal dan ketat yang sekali gus mengurangkan penampilannya. 

Berikut antara beberapa senaman yang boleh anda cuba-- squat, jump-squat, step-up, glute/leg kick-backs dan side-to-side. Antara senaman lain yang boleh membantu mengurangkan selulit adalah seperti berbasikal, menari, mendaki, berlari, berenang dan berjalan.

Gambar: Cottonbro, Pexels
Gambar: Cottonbro, Pexels

10) Berat badan

Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti, mengurangkan berat badan melalui pengambilan diet pemakanan yang sihat dan senaman secara teratur, mungkin dapat membantu mengurangkan kewujudan kulit menggerutu ini.

Selamat mencuba! - Getaran, 8 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Kerajaan Tidak Bercadang Laksana Semula PKP - Dr Dzulkefly

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Rumah Terbuka: 'Ziarah Terdidik' Elak Penularan COVID-19

4

Kisah Kita 4 tahun yang lalu

Ibu Tunggal Gadai Emas, Guna Wang Simpanan Demi Kiah Kitchen

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Cuti Sekolah Ogos Ini, Jomlah Bawa Anak Menginap Bersama Hello Kitty, Kuromi & Cinnamoroll

oleh Rahayu MN

Gaya 5 jam yang lalu

Daripada Kek Ke ‘Acne Patch’, Kolaborasi Pelik Kini Jadi Strategi Jenama

Secret Recipe melancarkan kerjasama baharu yang menarik dengan jenama tampalan jerawat buatan Korea SimplyHeal dan watak kucing IP tempatan Bichi Mao.

oleh Rahayu MN