web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PUMA FIT, Koleksi Pakaian Sukan Gabungan Prestasi Dan Gaya

Koleksi PUMA FIT memperkenalkan ensembel olahraga terbaik, termasuk kasut PUMA PWRFRAME TR 2 yang inovatif dan pelbagai jenis pakaian latihan PUMA FIT untuk lelaki dan wanita.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2023 8:24AM

Koleksi PUMA FIT yang dilancarkan baru-baru ini. - gambar PUMA Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pakaian sukan yang betul akan menyokong otot, melindungi kulit daripada melecet dan ruam, selain membantu tubuh badan menyejukkan badan apabila panas serta kekal hangat apabila sejuk.

Oleh itu, anda harus memilih pakaian sukan yang sesuai untuk mengelakkan ketidakselesaan semasa bersenam.

Semakin bagus pakaian senaman yang anda sarungkan, semakin bagus badan anda terasa dan sekaligus meningkatkan prestasi senaman yang anda lakukan.

Fakta inilah yang mempengaruhi jenama sukan global, Puma mengumumkan pelancaran koleksi pakaian sukan terbaharunya, PUMA FIT, dengan kerjasama Royal Sporting House sebagai rakan kongsi pengedar koleksi itu di Malaysia.

Koleksi PUMA FIT dengan ensembel olahraga terbaik. - gambar PUMA Malaysia
Koleksi PUMA FIT dengan ensembel olahraga terbaik. - gambar PUMA Malaysia
PUMA FIT. - gambar PUMA Malaysia
PUMA FIT. - gambar PUMA Malaysia

Koleksi PUMA FIT memperkenalkan ensembel olahraga terbaik, termasuk kasut PUMA PWRFRAME TR 2 yang inovatif dan pelbagai jenis pakaian latihan PUMA FIT untuk lelaki dan wanita.

Koleksi PUMA FIT ini menggabungkan prestasi dan gaya dalam potongan teknikal yang kelihatan sebagus yang mereka rasa.

Rekaan yang menarik dan sesuai dengan bentuk menampilkan penjenamaan berani dan fabrik yang inovatif, menjadikannya pakaian aktif yang ideal untuk ke gim dan aktiviti sukan yang lainnya.

Bintang utama koleksi ini adalah kasut Latihan PUMA PWRFRAME TR 2. Ia dicipta dengan teknologi termaju, menawarkan sokongan terbaik dengan ‘PWRFrame’, sistem rangka tapak tengah 3D, ‘EVA-PROFoam’, kusyen dipertingkatkan melalui lantunan tinggi, ‘PWRTAPE’, sokongan atas yang disasarkan dan ketahanan, dan PUMAGRIP, sebatian getah tahan lama untuk daya tarikan pelbagai permukaan yang luar biasa.

PUMA PWRFRAME TR 2. - gambar PUMA Malaysia
PUMA PWRFRAME TR 2. - gambar PUMA Malaysia

Bagi meraikan pelancaran koleksi ini, PUMA Malaysia juga telah bekerjasama dengan TRIBE Studio di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya baru-baru ini dengan mengadakan beberapa sesi latihan tinju untuk mereka yang berminat.

Lebih 200 peserta telah turut serta apabila mereka telah diajar cara terbaik dan paling berkesan untuk bertinju, menjalankan sesi kardio yang sengit dan berpeluang memenangi sepasang kasut latihan PUMA PWRFRAME TR 2 yang serba baharu.

Kesemua peserta turut diberikan goodie bag daripada PUMA bernilai RM250 untuk dibawa pulang.

Peserta latihan tinju sempena pelancaran koleksi PUMA FIT. - gambar PUMA Malaysia
Peserta latihan tinju sempena pelancaran koleksi PUMA FIT. - gambar PUMA Malaysia
Peserta berpeluang berlatih dan diajar cara terbaik dan berkesan untuk bertinju. - gambar PUMA Malaysia
Peserta berpeluang berlatih dan diajar cara terbaik dan berkesan untuk bertinju. - gambar PUMA Malaysia

Untuk pengalaman senaman yang lebih berprestasi, anda boleh dapatkan koleksi PUMA FIT yang kini boleh didapati di Royal Sporting House Pavilion, Kuala Lumpur dan Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya. Harga koleksi baharu itu di antara RM159 – RM509. – Getaran, 11 Ogos 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini