Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Syukurlah Dah Jumpa Siti Dhia

Video & Galeri Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2024 4:51PM

Tangkap layar penemuan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang hilang dari rumah sejak Selasa lalu. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tiada apa yang menggembirakan seorang ibu apabila anak yang hilang hampir seminggu, ditemui semula dalam keadaan selamat.

Kanak-kanak berusia 12 tahun, Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar yang dilaporkan hilang dari rumah pada petang Selasa lalu, ditemui berjalan seorang diri di kawasan lot kedai di Sri Rampai di sini, pada 2.28 pagi tadi.

Ibunya, Syarifah Rosfazila Syed Muhammad Fazili yang bercakap dengan Bernama, memaklumkan anaknya itu ditemui anggota polis lbu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi sebelum beliau dimaklumkan mengenainya oleh Unit Rondaan Kawasan Rukun Tetangga Sri Rampai.

Beliau yang turut memaklumkan penemuan Siti Dhia melalui akaun Facebook, dilihat memeluk erat kanak-kanak itu dalam satu rakaman video yang tular melalui media sosial.

Media sebelum ini melaporkan kehilangan Siti Dhia yang keluar dari kediaman keluarganya di kawasan Perumahan Awam Jalan San Peng, di ibu negara, pada Selasa lalu, selepas berlaku perselisihan faham.

Susulan kehilangannya, polis dikatakan sudah mengambil keterangan lapan saksi berhubung kejadian. – Getaran, 17 Mac 2024

@getaranmy Kanak-Kanak perempuan Siti Dhia, 12, sebelum ini telah dilaporkan hilang sejak Selasa lalu di Pudu, Kuala Lumpur dan polis telah merakamkan percakapan lima individu bagi membantu siasatan kes. Beliau telah ditemukan di Sri Rampai dalam keadaan selamat pada awal pagi Ahad. #getaranmy #semasa ♬ original sound - Getaran

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 23 jam yang lalu

Sedih, Nyawa Tergadai Angkara Orang Lain...

oleh Wartawan Getaran

Video & Galeri 11 jam yang lalu

Kalaulah Kereta Tu Tak Sempat Mengelak..

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Tetap Solat Walaupun Tangan Diikat

oleh Wartawan Getaran

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Alamak, Sekarang Siapa Salah?

oleh Wartawan Getaran